Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Rawatan TwoHerbs: Gabungan Herba Cina & Ayurveda Bikin Rambut Cantik Sempurna

by Lisa Ghani
January 30, 2023
Foto - Hindustan Times

Foto - Hindustan Times

Share on Facebook

Tertekan dengan rambut gugur merupakan perkara biasa yang dihadapi setiap kaum hawa.. Cumanya makin kamu stress, makin menjadi-jadi gugurnya. Itu yang menakutkan kerana silap hari bulan makin menipis mahkota kamu.

Pakar berkongsi bahawa perkara biasa untuk keguguran rambut antara 50 hingga 10 helai sehari, atau lebih banyak untuk sesetengah orang. Kenapa ianya terjadi? Beberapa faktor yang dikenal pasti seperti ubat-ubatan, tekanan, turun naik hormon dan bersalin juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Foto – Femina

Jadi, penting untuk mengesan tanda-tanda keguguran rambut supaya kita boleh aktif untuk merawatnya terutamanya semasa ia masih di peringkat awal.

Latar belakang bagaimana TwoHerbs didirikan

Perkenalkan TwoHerbs, pusat rawatan rambut tempatan yang khusus untuk membantu semua orang mempunyai masalah kulit kepala atau rambut.

Bagi pengasas Riff Lim, dedikasinya untuk merawat rambut gugur sangat mendalam dan berpunca daripada keinginan untuk mendapatkan semula keyakinan isterinya selepas bersalin.

Foto – TwoHerbs

Dia telah mengalami keguguran rambut selepas bersalin dan Riff memerhatikan bahawa rawatan rambut herba Cina bukanlah yang paling berkesan untuknya. Ketika itulah dia mula bereksperimen sendiri tentang rawatan rambut herba yang lebih berkesan untuk isterinya.

Dari situ, dia belajar tentang herba Ayurveda, yang telah lama terkenal dengan sejarahnya dalam menyelesaikan masalah kulit kepala dan rambut seperti keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Kekuatan rawatan herba Cina & Ayurveda

Akhirnya, dia berjaya merumuskan gabungan khan rawatan rambut herba Cina dan Ayurveda yang kini digunakan untuk rawatan rambut gugur herba di TwoHerbs. Gabungan hebat ini dapat menyelesaikan masalah kulit kepala dengan lebih cekap, setelah menunjukkan hasil dalam hanya tiga bulan rawatan.

Selain merawat rambut gugur, mengekalkan kulit kepala yang bersih dan sihat juga penting. TwoHerbs menangani masalah ini dengan rangkaian rawatan rambut, yang disasarkan untuk keadaan kulit kepala yang berbeza daripada sensitif hingga berminyak.

Foto – TwoHerbs

Di TwoHerbs, mereka menyediakan rawatan rambut mampu milik dengan bahan-bahan berkualiti untuk semua orang.

Klik di sini untuk membuat temu janji dan rasai pengalaman rawatan TwoHerbs.

keguguran rambutrawatan twoherbs
https://lomp.at/1q1fh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore