Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan. Koleksi sulaman Raya edisi terhad ini boleh didapati secara eksklusif di Re.UNIQLO Studio.
Koleksi ini membolehkan pelanggan memperibadikan pakaian dan aksesori mereka, memberikan sentuhan Raya yang ceria kepada pakaian pada musim perayaan. Sama ada memperibadikan baju atau beg, koleksi ekslusif ini memberikan pelanggan satu cara yang lebih eksklusif serta menyeronokkan bagi memadankan dengan penampilan perayaan mereka.

Menampilkan lima rekaan eksklusif, koleksi ini diinspirasikan oleh perkara-perkara kecil yang menjadikan Raya terasa seperti Raya. Fikirkan kuih kegemaran, hidangan tradisional, dan momen perayaan yang biasa. Setiap motif dibayangkan semula melalui gaya coretan khas Azreen, mengubah elemen Raya klasik menjadi rekaan yang segar, menyeronokkan dan eksklusif.

Inisiatif ini memperkukuh komitmen UNIQLO untuk meraikan kreativiti dan budaya tempatan, menawarkan pelanggan cara yang unik dan praktikal untuk berinteraksi dengan almari pakaian mereka sambil menambah sentuhan peribadi pada musim perayaan.
Koleksi sulaman Raya edisi terhad boleh didapati di UNIQLO Fahrenheit 88 dan UNIQLO The Exchange TRX, dengan kadar perkhidmatan sulaman dari RM18 bagi setiap satu sulaman. Jangan lepaskan peluang!






