Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Remaja Didakwa Buli Zara Qairina Siap Buat ‘Peace’ Ketika Dipanggil Beri Keterangan, Warden Nafi Tunjuk Trauma

by Puteri Alia
September 19, 2025
Share on Facebook

Salah seorang remaja yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan arwah Zara Qairina Mahathir didakwa tidak menunjukkan sebarang tanda trauma sewaktu pulang ke asrama untuk memberi keterangan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd. Sagap, 31, ketika memberi keterangan di hadapan Mahkamah Koroner.

Menurut Azhari, penilaiannya dibuat berdasarkan gambar yang diambil oleh pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding @ Jahila, pada 22 Julai lalu. Linah turut dipanggil sebagai saksi keenam dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun itu yang memasuki hari ke-10 hari ini.

Dalam sesi soal balas peguam Joan Goh yang mewakili salah seorang remaja terbabit, dikenali sebagai Pelajar A, Azhari bertegas bahawa gambar tersebut jelas menunjukkan remaja berkenaan tidak menzahirkan trauma. “Dia siap buat isyarat ‘peace’ lagi dalam gambar,” katanya.

Bagaimanapun, Goh membalas dengan mempertikai hujah tersebut, menyoal sama ada sekadar melihat gambar sudah memadai untuk menentukan keadaan trauma seseorang. Azhari bagaimanapun tidak memberikan jawapan.

Difahamkan, Pelajar A telah dikeluarkan daripada sekolah selepas kejadian tragis pada 18 Julai lalu dan masih belum berdaftar di mana-mana institusi pendidikan sehingga kini. Ibunya turut mengemukakan dua surat cuti sakit sebelum proses keluarnya daripada sekolah.

Azhari dalam keterangannya semalam turut memaklumkan bahawa seorang lagi pelajar yang dikaitkan dengan kes buli ini telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri, namun alasan perpindahan tidak diketahui.

Topik Berkaitan Lepas ‘Justice For Zara Qairina’, Norsalim Ali Cipta Lagu Puji Polis Guna Teknologi AI

Menjawab soalan lain, Azhari juga mengakui tidak meminta kebenaran ibu Pelajar A sebelum membawa remaja itu ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Papar untuk memberi keterangan kepada pihak polis. “Saya tidak terfikir untuk minta kebenaran pada masa itu. Pegawai polis arahkan saya bawa, jadi saya terus bawa. Tetapi ibu Pelajar A tahu kerana dia maklum dalam perbualan ‘chat’ kami pada 18 Julai,” jelasnya.

Setakat ini, lima remaja telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina. Prosiding inkues akan bersambung pada Isnin depan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ZaraZara Qairina
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara