Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

7 Hotel Dengan Lebih 10 Ribu Bilik, Resorts World Genting Pecah Rekod Lagi

by Phic ARMAN
November 11, 2025
Share on Facebook

Kalau anda peminat jalan-jalan atau suka cari tempat percutian best, mesti familiar dengan Resorts World Genting (RWG), kan? Baru-baru ini, RWG sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Resort Terunggul Malaysia’ di World Travel Awards 2025. Hebatnya, ini kemenangan keenam secara keseluruhan dan keempat berturut-turut, rekod baru tau! Jadi tak hairanlah RWG sekarang satu-satunya resort di Malaysia yang pernah menang enam kali dalam kategori ni.

Sejak tahun 1994, World Travel Awards memang jadi benchmark dalam industri pelancongan. Kalau boleh menang anugerah ni, memang diiktiraf dunia! Kemenangan RWG ni bukti mereka serius nak bagi pengalaman percutian yang tip-top dan maintain standard antarabangsa.

Menurut Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG,

“Pengiktirafan ni semua sebab kerja keras pasukan kami. Kami nak terus belajar, berkembang, dan bagi servis terbaik untuk semua pengunjung. Anugerah ni jadi semangat untuk kami terus sediakan pengalaman eksklusif di RWG.”

Bayangkan, RWG terletak 6,000 kaki atas paras laut, udara segar gunung, pemandangan cantik, plus pelbagai hiburan. Ada tujuh hotel dengan lebih 10,500 bilik, taman tema gempak, pilihan makan best-best, pusat beli-belah, dan hiburan langsung sepanjang tahun. Memang syurga percutian untuk semua!

Untuk anda bayangkan, itu macam lebih 10,000 rumah dalam satu bandar kecil, semua sedia menampung pelawat dari seluruh dunia.

Topik Berkaitan [VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands

Kemenangan kali ni bukan sekadar nombor, ia bukti konsistensi, kreativiti, dan dedikasi RWG. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, RWG janji nak terus bagi layanan bertaraf dunia dan pengalaman yang memorable untuk semua pengunjung, dari Malaysia atau luar negara.

Kalau anda plan nak bercuti ke Genting, memang RWG patut jadi destinasi nombor satu. Lebih dari sekadar resort, ia dah jadi ikon pelancongan Malaysia yang dibanggakan ramai.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Resorts World Genting.World Travel Awards 2025
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara