Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] 6 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Dengan Samsung Galaxy A72

by Phic ARMAN
April 5, 2021
Share on Facebook

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda pengalaman ‘Unboxing Samsung Galaxy A72’ yang terbaharu. Kini sudah sampai masanya Murai MY untuk beri review setelah menggunakan telefon pintar ini sendiri.

Dari segi reka bentuk, Samsung Galaxy A72 mempunyai bentuk yang serupa dengan Samsung Galaxy A52. Cuma perbezaannya terdapat pada saiz skrin, di mana Samsung Galaxy A72 mempunyai skrin yang lebih lebar, iaitu 6.7 inci.

Walaupun harganya masih cukup berpatutan iaitu serendah RM1,899 dan namun prestasinya cukup sifat.

Beberapa ciri dan teknologi canggih yang terdapat pada telefon bimbit premium kini disematkan di Samsung Galaxy A72. Bermula dari reka bentuk, chipset, kamera, hingga tahan air. Berikut adalah review,  6 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Dengan Samsung Galaxy A72.

1. Skrin Cukup Luas

Sekiranya anda mencari telefon pintar dengan skrin lebar, Samsung Galaxy A72 adalah pilihan yang tepat.

Dengan layar super AMOLED 6.7 inci, layar mempunyai resolusi Full HD plus dengan kepadatan piksel hingga 393 ppi.

Bukan hanya itu, telefon ini telah dilengkapi dengan teknologi skrin 90Hz yang menjadikan pergerakan skrin kelihatan lebih lancar dan lebih selesa untuk dilihat.

Pengguna akan merasa selesa ketika bermain permainan atau scrolling melalui media sosial dengan adanya layar di telefon bimbit ini dengan kadar penyegaran 90Hz.

2. Chipset yang diyakini dari Qualcomm

Dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720 G, Samsung Galaxy A72 adalah yang terbaik dalam kelas pertengahan. Adreno 618 juga menjadi alasan mengapa telefon bimbit ini berada di kelas yang unggul kerana mempunyai sektor grafik yang baik. Disokong oleh RAM 8GB yang menyokong prestasi pada Samsung Galaxy A72.

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

Dengan RAM yang besar, kalau anda mahu buka banyak aplikasi secara serentak tidak lagi lagi sangkut atau bermasalah. Jadi, tidakkah telefon ini akan jadi lebih untuk aktiviti multitasking?

3.  Bateri Cukup Besar dan Fast Charging

Bukan hanya dari segi prestasi yang tip top, Samsung Galaxy A72 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000 mAh. Selain itu, ia juga disokong oleh fitur Fast Charging atau pengisian cepat 25W. Selama kami menggunakannya, tak ambil masa yang lama untuk bateri telefon bimbit terisi penuh.

Lagi-lagi kalau sedang bermain game atau menonton video, dah tak perlu risau bateri habis. Sebab kapasiti bateri sudah cukup besar, dan dan tidak perlu panik ketika telefon bimbit kehabisan bateri kerana kemampuannya mengecas dengan cepat.

Antara lain kelebihan utama Samsung Galaxy A72 yang menjadi kesukaan kami adalah ketahanannya terhadap air dan debu. Di mana ini adalah salah satu ciri premium yang terdapat pada telefon pintar.

4.Tahan Air & Habuk

Dengan adanya perakuan IP67 untuk ketahanan air dan habuk, telefon ini tahan air hingga 1 meter selama 30 minit.

Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya telefon bimbit anda jatuh secara tidak sengaja di bilik mandi atau kolam renang dengan kedalaman kurang dari satu meter dalam masa kurang dari setengah jam.

5. Kamera Yang Cukup Sempurna

Samsung Galaxy A72 dilengkapi dengan 4 kamera yang dianggap cukup sempurna bagi yang suka mengambil gambar. Anda boleh menggunakan resolusi ultra tinggi pada kamera utama 64MP dengan OIS untuk foto yang tajam dan jelas. Anda juga dapat memperluas jangkauan objek dengan menggunakan kamera ultra lebar.

Kamera ini juga dilengkapi dengan  3x optical zoom dan 30X space zoom pada lensa telefoto dengan penstabilan imej optik (OIS), yang membantu menstabilkan tangkapan untuk mengekalkan pergerakan yang lancar dan hasil gambar yang tajam walaupun cahaya redup.

[VIDEO] Kenapa Galaxy Ring Lebih Mahal dari Galaxy Watch? Ini Keistimewaanya Yang Ramai Tak Tahu

Lebih gemar rakam video? Samsung Galaxy A72 mempunyak resolusi sehingga 4K.

6. Dual Speaker di Atas dan Bawah

Kadang-kadang kita menghadapi kesukaran untuk menangkap suara ketika menggunakan telefon bimbit mod lanskap kerana pembesar suara terletak di bahagian bawah peranti.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana Galaxy A72 dilengkapi dengan dua pembesar suara, satu di atas dan satu di bawah. Anda boleh mendapatkan pengalaman audio stereo tanpa fon telinga. Nikmati menonton filem atau permainan kegemaran anda dengan suara sinematik yang akan membolehkan anda merasai pengalaman seperti menonton wayang.

Jadi bagaimana? Anda berminat? Sebenarnya untuk pembelian Samsung Galaxy A72 sudahpun di buka. Samsung Galaxy A72 tersedia dengan 4 pilihan warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White 14.

samsungSamsung A72
https://lomp.at/vq9h6
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara