Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Filem Air Mata Wanita – Hilang Segalanya, Tapi Dapat Lebih Dari Yang Disangka

Dari Kehilangan Kepada Keajaiban - Sebuah Kisah Benar

by Arsiqin Yusof
June 12, 2025
Share on Facebook

Sebuah karya sinematik dari seberang, Keajaiban Air Mata Wanita, telah menjejak layar Malaysia menerusi Malam Gala Tayangan Perdana yang berlangsung penuh meriah di TGV Cinemas, Suria KLCC semalam.

Drama, Agama & Realiti Emosi Seorang Wanita

Di bawah arahan Indra Gunawan dan barisan pelakon tersohor seperti Citra Kirana, Rezky Adhitya dan Natasha Rizky, filem ini menjentik rasa melalui naratif yang diangkat daripada kisah benar.

Adaptasi dari buku laris Rahsia Magnet Rezeki, ia menceritakan tentang Kiki, wanita berjaya yang tergelincir ke lembah ujian selepas kehilangan suaminya secara mengejut. Dalam perit getir kehilangan, kehilangan semangat menjadi titik pusingan hidupnya juga punca kerjayanya hilang. Bukan itu sahaja, hak penjagaan anaknya juga tergugat akibat konflik keluarga.

Menyatu Dalam Syahdu

Apa yang membuat filem ini menonjol adalah bagaimana sinematografinya menghidupkan elemen keajaiban spiritual tanpa memaksa. Setiap babak diisi dengan ceramah ringkas, seiring dengan elemen positif yang menjadikan emosi penonton sentiasa tenang. Kesedihan tidak dijadikan modal murahan, tetapi diberi ruang untuk berkembang menjadi inspirasi.

Murai.my melihat potensi filem ini menyaingi karya-karya bertema kerohanian popular sebelum ini, seperti Ketika Cinta Bertasbih mahupun 99 Cahaya di Langit Eropa. Bezanya, Keajaiban Air Mata Wanita lebih ringkas namun lebih dekat, khasnya kepada penonton wanita yang ingin mencari kekuatan selepas diuji dan kehilangan semangat dalam kehidupan.

Dari Gala KLCC Ke Pawagam Seluruh Negara

Malam Gala 11 Jun lalu dihadiri ramai selebriti, penggiat industri dan wakil media. Aura bintang dirasai dengan kehadiran barisan pelakon utama dan pasukan produksi dari Indonesia dan Malaysia.

Antara yang mencuri perhatian pada malam tersebut ialah kehadiran tokoh motivasi dan pakar mata yang sangat dihormati, Prof. Dato’ Dr. Muhaya Mohamad. Figura berpengaruh ini bukan sahaja hadir sebagai tetamu kehormat, tetapi turut membuat penampilan istimewa (cameo) dalam filem ini.

[VIDEO] "Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?" - Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai.my menyaksikan sendiri bagaimana reaksi penonton berubah dari tangisan ke ketawa ringan, menandakan filem ini mempunyai keseimbangan emosi yang kuat.

Bermula 19 Jun 2025, filem ini akan ditayangkan kepada umum di seluruh Malaysia. Ia bukan sekadar filem luar biasa dari Indonesia, tetapi satu ‘wake up call’ kepada filem tempatan untuk lebih berani mengangkat tema wanita dan ketuhanan secara jujur dan menyentuh.

Ulasan Murai.my

Sebagai portal hiburan yang menilai bukan sahaja hiburan tetapi impak emosinya, Keajaiban Air Mata Wanita layak diberi pujian. Bukan sekadar kisah air mata, tetapi air mata yang menjemput keajaiban bagi yang sabar, redha dan percaya bahawa ujian itu sebenarnya anugerah.

Setiap babak mengandungi isi ilmiah yang memberi jawapan kepada setiap permasalahan yang dihadapi. Penyampaian dakwah dan motivasi selari dengan adegan yang ditunjuk, menjadikan setiap plot mudah difahami dan boleh ‘related’ dengan situasi yang dihadapi. Unsur jenaka dan spontan juga diselit dalam watak Natasha, menjadikan filem ini lebih hidup dan tidak terlalu mendatar yang fokus kepada dakwah semata. Penamat filem ini memberikan inspirasi bukan sahaja buat wanita, malah buat seluruh umat Islam bahawa kesabaran pasti akan menemui keajaibannya nanti.

Kemunculan yang berjaya menyentuh hati para penonton adalah dalam babak Prof. Dato’ Dr. Muhaya yang tampil dengan gaya penyampaian penuh kelembutan dan nasihat, seakan menyatu dengan tema utama filem yang menekankan keajaiban dalam kesabaran, redha dan kekuatan wanita. Hal ini sekaligus mengangkat lagi martabat filem ini sebagai naskhah yang bukan sahaja menyentuh perasaan tetapi turut menyampaikan dakwah secara halus dan berkesan.

Keajaiban Air Mata Wanita bukan sekadar filem, ia adalah cermin bagi ramai wanita hari ini. Murai.my yakin, ramai penonton wanita di Malaysia akan merasa dejavu selepas menonton naskhah ini.

VIDEO Menyentuh Hati Aliff Syukri Ke Kampung 'Bibik', Peminat- "Kenapa Tiba-tiba Saya Nangis Ni"
air mata wanitaCitra KiranaIndonesiaNatasha RizkyProf. Dato’ Dr. Muhaya MohamadRezky Aditya
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem