• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Review Filem The Commuter: Aksi Yang Boleh Dijangka?

by Khai Azfar
January 10, 2018
Share on Facebook

Semalam, tayangan perdana filem The Commuter menjadi filem pertama untuk murai.my review bersama-sama pembaca bertuah kami. Terima kasih Fox Movie dan GSC One Utama atas tiket dan jemputan tersebut.

Aksi Liam Neeson Masih Berbisa

Filem aksi-thriller lakonan hebat Liam Neeson yang berjudul The Commuter ini tidak dinafikan merupakan salah satu karya hebat yang pasti akan membuatkan anda untuk ke pawagam berhampiran bagi melihat aksi Liam meskipun sudah menginjak usia emasnya.

Dalam The Commuter, Liam yang merupakan bekas anggota polis kini menjadi seorang jurujual insurans bernama Michael yang berhadapan dengan konflik nyawa seseorang ketiak dia sedang dalam perjalanan pulang menaiki tren komuter.

Dari pengamatan kami secara keseluruhan filem ini seperti boleh dijangka jalan ceritanya malah set di dalam filem ini boleh dikatakan 90% didalam komuter bagi menggambarkan situasi yang dihadapi. Namun, ianya bukanlah satu filem yang teruk untuk ditonton malah pelbagai aksi serta konflik yang tidak diduga turut menjadi tunjang The Commuter.

Sinopsis The Commuter

Jurujual insurans, Michael (Liam Neeson) sedang dalam perjalanan pulang menaiki tren komuter. Secara tiba-tiba dia telah dihampiri seorang wanita yang tidak dikenali dan disuruh membongkar identiti seorang penumpang tersembunyi bersama ganjaran untuknya di dalam tren itu sebelum tren tersebut berhenti.

YouTube video

Dia kemudian bergerak sepantas mungkin untuk cuba menyelesaikan teka-teki tersebut setelah mendapat tahu yang dia kini secara tidak langsung sudah terlibat dalam sebuah konspirasi jenayah yang mungkin akan mengancam keselamatan serta kehidupannya dan para penumpang lain dalam tren tersebut.

Apa kata penonton

Salah seorang penonton juga seorang selebriti tempatan, Azam Smile menganggap filem ini memberi mesej yang baik untuk penonton.

“Tekanan dan debaran bermula apabila Joanna, wanita misteri yang ramah mula mengarahkannya untuk berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip manusia normal Michael dipaksa untuk mendedahkan identiti seorang penumpang yang tersembunyi di keretanya sebelum perhentian terakhir.

View this post on Instagram

A post shared by Shukri Zainal (@shukrizainalofficial)

Antara moral cerita ni, jangan mudah berkata ya kpd ‘stranger’ & dalam hidup ini, adakalanya kawan sendiri pun sanggup makan kawan sendiri.

Jalan cerita tidak membosankan, momentum debaran & rasa tertekan dirasakan dari pertengahan cerita hingga akhir.”

Jika anda seorang pengguna komuter tegar, mungkin ini salah satu filem yang harus ditonton dan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 11 Januari ini.

liam neesonthe commutertiketwayanghangat
https://lomp.at/e63tu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore