• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Pet Sematary Satu Lagi Karya Adaptasi Paling Seram Stephen King

by Khai Azfar
April 8, 2019
Share on Facebook

Setakat ini, bagi kami filem paling seram yang pernah ditonton adalah IT yang mengisahkan mengenai sekumpulan kanak-kanak diganggu roh badut yang jahat.

Plot Twist Menyeramkan 

Kali ini, satu lagi karya tampil dari penerbit buku yang sama, Stephen King yang hangat ditayangkan di pawagam tempatan. Berdasarkan tinjauan kami, rata-rata penonton memuji sinematografi filem terbaharu Stephen yang berjudul Pet Sematary yang dianggap mereka sebagai satu filem plot twist yang menyeramkan.

Masih Belum Mampu Tandingi IT

Kami berkesempatan untuk menonton Pet Sematary ini namun rumusan yang dibuat ianya masih belum mampu menandingi filem IT yang terdahulu. Barangkali kerana jalan ceritanya agak sedikit perlahan membuatkan kami berkata demikian. Malah kemunculan sekumpulan kanak-kanak yang memakai topeng menyeramkan hanya sekadar kemunculan khas. Sekiranya ditonjolkan dengan lebih ketara barangkali kemunculan tersebut berjaya menjadikannya jauh lebih seram dan ‘thriller’.

Namun begitu, pujian harus diberi kerana plot twist filem ini merupakan sesuatu yang tidak diduga apatah lagi pengakhirannya juga berbeza dengan naskah novel yang diterbitkan oleh Stpehen. Sedikit spoiler disini, jika mengikut turutan novel, watak anak lelaki Dr. Louis Creed dan Rachel, Gage akan mati namun sebaliknya ditonjolkan dalam filem arahan Kevin Kolsch dan Dennis Widmyer. Dalam filem Pet Sematary, anak perempuan pasangan ini iaitu Ellie mati akibat dilanggar trailer ketika sedang asyik melihat jelmaan kucingnya, Church yang berada di atas jalan. Secara keseluruhan, suka untuk kami katakan ianya masih lagi diiktiraf sebagai salah satu filem paling seram untuk edisi 2019 malah review antarabangsa juga memuji filem ini sebagai salah satu naskhah terbaik Stephen King.

Sinopsis Pet Sematary

Mengisahkan mengenai keluarga Dr. Louis Creed dan Rachel bersama-sama anak mereka Ellie dan Gage yang berpindah ke sebuah kawasan pendalaman.

Di kawasan itu, sebahagian daripada kawasan rumah mereka meliputi tanah perkuburan haiwan penduduk disitu. Pada suatu hari, kucing peliharaan mereka Church telah mati selepas ditemui jiran mereka Jud. Akibat kasihan melihat kucing keluarga ini telah mati, Jud telah meminta Dr Louis untuk menanam bangkai Church disebuah kawasan terlarang.

YouTube video

Akibatnya, Church telah hidup semula dan mengakibatkan malapetaka pada keluarga ini sehingga menyebabkan kematian Ellie.

Pet SemataryReview Filem Pet SematarySinopsis filem Pet Sematary
https://lomp.at/1wnyn
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore