Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Edition: Phone Bajet Dengan Aura Oppa!

by Phic ARMAN
July 8, 2025
Share on Facebook

Kalau dengar nama Redmi Note, mesti ramai terus cop: “ala, phone bajet-bajet je tu.”

Ha, itu dulu bro. Yang ni? Limited edition. Ada tanda tangan BamBam GOT7, warna pun eksklusif Sand Gold yang berkilau macam kulit oppa baru balik spa. Dari kotak sampai ke body, penuh jiwa K-pop. Siap bila pegang rasa macam nak buat finger heart je tak berhenti.

Harga? Tak sampai harga konsert pun. (RM1,199.00 untuk 12GB+256GB), berbaloi sampai rasa nak beli dua buat hadiah untuk mak mertua (kalau ada).

Kamera 200MP: Zoom Sampai Nampak Jerawat

Redmi ni datang dengan 200MP pro-grade AI camera system. Gambar memang power sampai kau boleh zoom muka sendiri dan kira berapa helai bulu kening tinggal. Malam-malam pun tak risau, night mode dia cun, sesuai kalau nak selfie bawah lampu jalan sambil buat pose BamBam, konon candid padahal 78 kali snap dulu.

Cuma… video selfie dia terbatas 1080p 60fps, tak sampai 4K lagi. Jadi jangan over promise kat followers: “nanti I buat vlog cinematic…” cinematic la juga tapi 1080p la ya.

Skrin Lengkung: Tak Sakit, Tak Tajam

Skrin dia melengkung, geng. Tak macam ex kau yang tajam bila marah. Pegang lama-lama pun selesa. Lepas tu ada 1.5K 120Hz eye-care display, smooth & mesra mata bila kau scroll feed tengok fancam BamBam sampai lupa makan.

Chipset & Bateri: Kuat & Tahan Lama

Dengan Mediatek Dimensity 7300-Ultra, multi-tasking tak tersangkut. Main game pun okay asalkan jangan terus buka 12 apps serentak. Bateri dia 5110mAh, cukup sehari lebih, boleh la stalk IG BamBam tanpa kena cas tengah jalan. Cuma… turbo charging kali ni turun sikit, dari 67W (Redmi Note 13 Pro) jadi 45W. So, kena sabar sikit la nak penuh, tapi masih okay kalau kau jenis isi bateri sambil mandi lama.

[VIDEO] Unboxing Redmi Note 14 Pro BamBam: Telefon atau Merchandise?

IP68 & Harga: Berlagak Sikit Pun Takpe

Yang paling win, harga masih bawah RM1.2k tapi dapat IP68 dust & water resistance. Boleh la buat-buat cool bila hujan, sambil jalan slow motion ala MV BamBam, phone tak risau masuk air.

Jadi, untuk harga bawah RM1.2k, dengan tanda tangan BamBam, specs padu, dan rupa limited edition yang memang buat orang tegur, kami rasa Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Edition ni memang layak masuk dalam senarai telefon bajet terbaik tahun ni,  siap ada aura oppa lagi.

Tapi itu pengalaman kami lah…

Apa pula pandangan anda? Berbaloi tak kalau nak ‘angkat’ satu untuk rasa vibe BamBam dalam poket sendiri?

BamBamRedmi Note 14 Pro 5G
https://lomp.at/lxa2h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara