Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Samsung Galaxy S22+, Kamera Lebih ‘Padu’ Dari Sebelumnya

by Phic ARMAN
April 28, 2022
Share on Facebook

Samsung secara rasminya melancarkan siri telefon pintar perdana terbaharunya iaitu Siri Galaxy S22 pada Februari lalu yang terdiri daripada tiga model iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Kali ini Murai MY berpeluang mencuba salah satu model yang ditawarkan oleh mereka iaitu Samsung Galaxy S22+  dengan 8 GB RAM dan 128 GB storan dalaman. Di Malaysia sahaja, terdapat dua varian Galaxy S22 Plus ditawarkan. Untuk harga, Samsung meletakkan harga Galaxy S22+ varian 8/128 GB dengan harga RM4,099. Bagi model 8/256 GB pula, harganya ditetapkan pada RM 4,299. Ini reviewnya;

Telefon ini  merupakan pengganti Samsung Galaxy S21+ yang dikeluarkan tahun lalu. Sebagai pengganti, Galaxy S22+ membawakan beberapa penambahbaikan berbanding pendahulunya. Dari segi chipset contohnya, kini, Galaxy S22 Plus dikuasakan oleh cipset terkuat Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1.

Reka bentuk

YouTube video

Pada pandangan pertama, Samsung Galaxy S22+ hadir dengan reka bentuk yang serupa dengan pendahulunya, Galaxy S21+. Begitu juga pada bahagian hadapan, paparan Galaxy S22+ hadir dengan penampilan yang serupa dengan pendahulunya, dikelilingi oleh bezel nipis, dan dengan lubang pada skrin 6.7-inci sebagai lokasi untuk benam kamera hadapan.

Jom semak artikel kami sebelum ini di bawah tentang pandang pertama kami tentang Samsung S22+.

[UNBOXING] Samsung Galaxy S22+, Reka Bentuk Yang Diperbaharui Demi Keselesaan Pengguna .

Kamera

Samsung Galaxy S22+ disematkan dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, ultralebar 12MP dan telefoto 10MP untuk zum optik 3x, serta satu kamera di hadapan dengan resolusi 10MP.

Kamera belakang utama telefon ini adalah peningkatan ketara daripada generasi sebelumnya, kerana barisan Galaxy S21 dilengkapi dengan kamera utama 12MP. Berbekalkan resolusi ini, kamera Galaxy S22+ menyediakan foto dengan penampilan yang lebih cerah dalam keadaan pencahayaan yang malap.

Foto ini diambil menggunakan kamera Samsung Galaxy S22+
Foto ini diambil menggunakan kamera Samsung Galaxy S22+

Anda boleh mendapatkan foto yang lebih cerah menggunakan mod kamera biasa, tanpa perlu menggunakan Night mode. Walau bagaimanapun, apabila merakam dalam cahaya malap, pemberitahuan akan muncul meminta anda memastikan telefon anda stabil sehingga proses penangkapan selesai.

Bukan sahaja lebih cerah, kamera Samsung Galaxy S22+ ini turut menyediakan gambar yang diambil dalam keadaan pencahayaan malap dengan lebih tajam dan hampir tiada noise. Selain itu, Samsung turut menyediakan kamera telefon pintar ini dengan keupayaan zum digital sehingga 30 kali ganda. Foto yang dihasilkan oleh keupayaan zum ini juga agak baik.

Gambar sebelah kanan selepas di zum 30 kali

Samsung juga telah melengkapkan Galaxy S22+ dengan keupayaan rakaman video 4K sehingga 60fps, dan juga ciri penstabilan untuk menghasilkan video yang lebih lancar tanpa goyah. Selain itu, telefon ini turut dilengkapi dengan ciri unggul Samsung iaitu Single Take yang membolehkan anda mendapatkan beberapa format kandungan dengan sekali menekan butang pengatup.

Mengenai bateri, Samsung telah menyediakan Galaxy S22+ bateri berkapasiti 4,500mAh. Dalam keadaan penggunaan harian dengan menyemak media sosial sekali-sekala, menonton video, bertukar-tukar mesej pada platform pemesejan segera, bateri peranti ini boleh bertahan selama kira-kira setengah hari, walaupun ia juga bergantung pada suhu dan kestabilan rangkaian internet.

Tanpa bicu audio 3.5mm, pilihan untuk mendengar muzik hanya tersedia melalui port USB-C, fon telinga tanpa wayar atau pembesar suara stereo—yang kedua adalah kualiti yang sangat baik dan cukup kuat. Bunyi agak seimbang dari kedua-dua lubang di bawah sesuai untuk mengiringi skrin yang luas.

Apabila digunakan, skrin telefon bimbit ini agak selesa digunakan untuk pelbagai aktiviti, seperti menonton filem atau streaming dengan tempoh yang lama, bermain game, atau multitasking dalam beberapa aplikasi. Tahap sensitiviti skrin semasa bermain permainan dan menilik media sosial atau artikel melalui mudah alih juga sangat lancar. Ini kerana skrin Galaxy S22 Plus turut menyokong refresh rate 120 Hz.

Kesimpulan

Samsung Galaxy S22+ menawarkan prestasi yang mampu menjaminkan pengguna dengan kelebihan pada kameranya. Skrin Galaxy S22 + juga begitu baik untuk mata kerana ketajaman dan warna yang baik. Tanpa lapisan pelindung, Gorilla Glass Victus+ juga berhasil melindungi dari segala goresan tipis.

Samsung s22+
https://lomp.at/uffbv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara