• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Seram, Cemas & Penuh Kejutan Dalam Filem Crawl!

by Khai Azfar
July 15, 2019
Share on Facebook

Mula ditayangkan pada 18 Julai, filem Hollywood Crawl hangat diperkatakan di media sosial sehingga ke hari ini. Untuk anda yang merancang ingin menonton filem ini, suka untuk kami katakan ianya agak berbaloi dan penuh dengan intipati yang tidak disangkakan.

Filem Yang Penuh Mendebarkan

Sebelum itu, buat anda yang tidak tahu apa-apa mengenai filem Crawl ini, nasihat kami jangan lihat trailer ataupun poster nya kerana penghayatan filem akan lebih berkesan sama seperti kami. Atas komen netizen, kami turut terpengaruh untuk menonton filem yang dilakonkan oleh Kaya Scodelario dan Barry Pepper selaku tonggak utama.

Kemunculan Yang Tidak Diduga 

Pada permulaan anda akan dibayangi perasaan cemas melihatkan anak dan bapa ini terperangkap dalam taufan di skala lima. Kemudiannya, perasaan seram akan mula terbit apabila kedua-dua tersangkut di bawah rumah mereka dan kelihatan darah serta bunyi yang datang secara tiba-tiba sehinggalah perasaan terkejut dan penuh dengan ‘jump scare’ apabila munculnya beberapa ekor sang buaya di bawah rumah itu.

Biarpun tiada sebarang makhluk yang menyeramkan muncul di dalam filem ini, namun penonton berjaya tersentak dengan beberapa elemen yang digarap dengan baik. Malah kami turut terkesan dengan beberapa babak thriller saat mereka dibaham buaya. Ringkas tapi padat! Itulah yang dapat kami simpulkan mengenai Crawl!

Sinopsis Crawl

Mengisahkan mengenai seorang anak yang bertungkus lumus meredah taufan bagi mencari bapanya di rumah mereka, segalanya bermula apabila anaknya, Haley telah menemui bapanya Dave pengsan dan berlumuran darah di tingkat bawah tanah rumah mereka.

YouTube video

Ketika mahu menyelamatkan Dave, Haley secara tiba-tiba terdengar bunyi yang agak pelik sehinggalah bertemu dengan buaya yang besar disitu. Pelbagai cara dicuba mereka untuk melepaskan diri dari buaya itu dan dalam masa yang sama taufan turut menghampiri mereka yang mengakibatkan kawasan perumahan tersebut akan tenggelam.

filem crawlreview filem crawlsinopsis filem crawl
https://lomp.at/xgfjh
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore