• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Solar Impact Sekadar Filem Bajet Murahan?

by Khai Azfar
July 29, 2020
Share on Facebook

Semalam, kami di Murai.my bersama pembaca-pembaca bertuah berkesempatan menonton tayangan awal filem ‘thriller’ Solar Impact yang akan menemui penonton di seluruh pawagam GSC bermula 30 Julai ini.

Sebagai info, ini merupakan filem ‘giveaway’ pertama Murai.my selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berlangsung hampir 4 bulan lamanya. Terima kasih kepada GSC Movies atas kerjasama ini. Mengenai Solar Impact, jujur kami katakan agak teruja untuk menontonnya apatah lagi melihatkan pada trailer dan poster filem ini yang cukup meyakinkan.

Perasaan Meleset 

Namun perasaan itu sedikit demi sedikit meleset kerana jangkaan untuk Solar Impact tidak menepati ramalan kami. Boleh dikatakan filem ini agak terlalu ‘straight forward’ dan sehingga ada pembaca Murai.my memberi ulasan Solar Impact kelihatan seperti sebuah filem bajet murahan.

Kami di Murai.my pula beranggapan ianya seperti projek pelajar-pelajar tahun akhir jurusan perfileman yang tergesa-gesa untuk menyiapkannya. Perlu diakui filem seperti yang memaparkan zombie dan fenomena-fenomena alam merupakan salah satu genre kegemaran kami.

Melihatkan pada Solar Impact, perasaan kami seumpama sebuah gunung berapi yang sudah meletus. Gambaran filem seolah-olah menunjukkan punca kejadian ini daripada meteor yang jatuh ke bumi namun sebaliknya hanya memfokuskan pada watak 5 sahabat melarikan diri daripada zombi dan begitulah permulaan sehingga pengakhirannya. Sayang seribu kali sayang apatah lagi ianya produksi dari sebuah negara yang menghasilkan pelbagai filem box-office!

Solekan Zombi Menakutkan! 

Biarpun begitu, pujian harus diberikan buat produksi kerana menampilkan elemen suspen pada permulaan filem. Malah solekan pada zombi dan efek suara juga berjaya membuatkan kami sedikit sebanyak terkejut dan gerun melihatkannya. Secara keseluruhan, filem ini tidaklah seteruk beberapa filem yang kami pernah tonton sebelum ini. Cukup untuk kami gambarkan ianya sekadar sebuah filem ringan untuk mengisi masa lapang dan menontonnya selepas beberapa bulan ‘terkurung di rumah’.

Sinopsis Solar Impact 

Mengisahkan mengenai sebuah genetik mutasi telah wujud akibat radiasi solar yang merebak di seluruh dunia. Memandangkan wabak ini merebak dengan cepat, sekumpulan sahabat berjuang habis-habisan untuk kekal hidup dan melarikan diri daripada kumpulan mutasi tersebut.

YouTube video

review filem solar impactsinopsis solar impactsolar impact
https://lomp.at/ynv9g
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

Inilah Wajah Sebenar Suara Di Sebalik Watak Filem BoboiBoy Movie 2

by Khai Azfar
August 22, 2019

Tidak lama lagi atau ketika artikel ini sedang ditulis barangkali filem animasi BoboiBoy Movie 2 telah mencatat rekod sebagai filem...

Read moreDetails
Filem

“Zuriat Dari Penjara”, Drama Bersiri Keinsafan Banduan Wanita Di TV1

by Aphit J.
November 5, 2023

Drama kemasyarakatan yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) seringkali menjadi pilihan orang ramai yang gemarkan jalan cerita mengundang keinsafan dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore