• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Train To Busan: Peninsula Buat Penonton Kagum!

by Khai Azfar
July 20, 2020
79
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah hampir 4 bulan tanpa sebarang ulasan filem, Murai.my tampil dengan ulasan terbaharu mengenai sebuah filem dan sekual yang dinanti-nantikan oleh ramai penonton.

Filem Box-Office Ketika Musim COVID-19

Train To Busan : Peninsula kini mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 16 Julai lalu. Sejak ditayangkan, khabarnya filem ini telah mencatat jualan pecah panggung dan setiap hari mencatat kutipan yang membanggakan.

Mengenai filem ini, suka untuk kami gambarkan sekual kali ini lebih ke arah aksi dan dalam masa yang sama terselit unsur jenaka bagi mengimbangkan sinematografinya. Berbanding filem terdahulu, ianya lebih ke arah ‘dark’ dan punyai banyak unsur ‘gore’. Justeru, membuatkan penonton sentiasa berada dalam keadaan suspen. Perlu diingatkan, Peninsula menceritakan mengenai 100% watak dan kisah baharu dan hanya 10% sahaja mengimbas kembali adegan dan watak di dalam filem terdahulu.

Setiap Watak Digarap Dengan Baik 

Menariknya mengenai sekual kali ini, hampir semua watak memainkan peranan dengan cukup baik termasuklah buat watak-watak pembantu yang mana bagi kami digarap dengan kemas dan berjaya bermain dengan emosi penonton. Pujian juga harus diberi buat produksi, yang mana telah berjaya membawa penonton ke satu lagi fahaman dan bukanlah filem tipikal zombie yang sedia ada yang hanya tahu mengejar dan menakutkan orang ramai.

Sedikit spoiler disini, terbit rasa bangga apabila melihat seorang pelakon Malaysia diberi watak yang cukup penting dalam sebuah filem antarabangsa. Meskipun hanya sekadar cameo namun seperti  yang kami katakan, iaitu setiap watak diberi peranan penting, anda pasti akan kagum dengan peranan pelakon ini. Pastikan anda mengikut perkembangan Murai.my kerana kami akan temubual secara eksklusif pelakon yang dimaksudkan, Bella Rahim dalam masa terdekat ini!

Terlalu Try Hard! 

Berbalik pada ulasan, di saat pujian yang ‘melambung’ terbit dalam hati, bagaikan satu halilintar menghentam bumi apabila kesan khas CGi jelas kelihatan pada beberapa klimaks Peninsula. Tidak seperti filem 4 tahun sebelum ini, mereka berjaya menyembunyikan sedikit sebanyak kesan khas tersebut.

Selain itu, adegan kejar – mengejar menaiki kereta yang ditunjukkan juga bagi kami agak menghampakan kerana ianya dilihat terlalu mencuba. Teringat pula kami pada filem Fast and Furious, adakah kami menonton aksi Vin Diesel ataupun sebuah naskhah yang berpaksikan makhluk-makhluk ngeri.

Namun, pejamkan sahaja mata anda untuk setiap kelemahan filem ini, kerana sekual ini masih dilihat berjaya! Jika ditanya kami adakah masih menonton sekual seterusnya? Semestinya akan menontonnya kerana jalan ceritanya sendiri seperti memberi petunjuk akan ada kesinambungannya.

Sinopsis Train To Busan : Peninsula

Selepas 4 tahun, Train To Busan : Peninsula menceritakan mengenai kehidupan bekas anggota tentera Jung-seok yang tinggal sebatang kara  menerima satu tawaran untuk kembali ke kawasan semenanjung Korea iaitu Peninsula.  Di kota yang ditinggalkan tersebut, terdapat jutaan zombi dan Jung-seok bersama rakannya perlu menjalankan operasi rahsia dengan berjaya.

Namun, ketika operasi mereka hampir berjaya, unit tentera misteri Unit 631 telah menghalang mereka sekaligus mencetuskan pelbagai konflik di samping perlu menyelamatkan diri dari Peninsula. Jangan lupa untuk tonton filem ini di pawagam berhampiran serta patuhi SOP yang telah ditetapkan!

Review filem Train To Busan PeninsulaSinopsis Train To Busan : PeninsulaTrain To Busan : Peninsula
https://lomp.at/l6es5
Share36Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

RTM Siar Supertele “Srikandi” Angkat Martabat Wanita Melayu

by Aphit J.
September 14, 2025

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menyiarkan supertele bertajuk Srikandi, sebuah drama epik sinematik...

Read more
Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia. 10 Tahun Kejayaan Francais...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
via OrphanCare
Filem

OrphanCare & Tayangan Amal: Filem, Harapan & Peluang Kedua Buat Anak-anak Terpinggir

Bayangkan sebuah malam penuh emosi, tayangan filem yang menyentuh hati dan pada masa sama anda menyumbang kepada masa depan anak-anak...

Read more
by Aphit J.
August 10, 2025
Filem

COOLIE Gegarkan Pawagam! Malik Streams Bawa Aksi Terbesar Tahun Ini!

Kumpulan Syarikat Malik Streams kini dikenali sebagai antara kumpulan perniagaan yang paling dinamik dan berpengaruh di Malaysia. Berkembang Pesat Dalam...

Read more
by Aphit J.
August 16, 2025
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem