Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Rezeki Lakonan Tak Putus” – Uqasha Senrose Enggan Goyah Dengan Ujian Hidup

by Puteri Alia
November 4, 2025
via (IG) Uqasha Senrose

via (IG) Uqasha Senrose

Share on Facebook

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menegaskan bahawa ujian yang sedang dilaluinya ketika ini langsung tidak menggugat fokus dan komitmennya terhadap kerjaya seni. Sebaliknya, ibu kepada seorang cahaya mata itu bersyukur kerana rezeki dalam bidang lakonan terus mencurah tanpa henti, sekali gus menjadi bukti bahawa dirinya masih mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit tempatan.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, tumpuan utamanya kini hanyalah terhadap kerjaya dan tanggungjawabnya sebagai pelakon profesional.

“Tak mengganggu, alhamdulillah,” katanya ringkas ketika ditemui di Balai Berita, di sini, hari ini.

Bakal kembali digandingkan dengan aktor kacak Zul Ariffin dalam drama terbaharu berjudul Bisik Asmara yang akan menghiasi slot Samarinda TV3, Uqasha bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hal peribadi yang sedang menjadi perhatian ramai. Katanya, jadual penggambaran yang padat sudah cukup membuatkan dirinya sibuk dan lebih selesa menumpukan sepenuh tenaga kepada kerja.

“Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama Jika Cinta Itu Buta, dan selepas itu akan terus ke set Bisik Asmara bermula 8 November ini,” ujarnya.

Walaupun penat, Uqasha tetap menganggap setiap tawaran yang datang sebagai satu peluang rezeki yang tidak boleh disia-siakan.

“Alhamdulillah, tawaran lakonan datang tanpa henti. Biarpun letih, saya tetap bersyukur kerana masih diberi ruang untuk berkarya dan terus aktif dalam industri,” katanya.

Dalam kesibukan mengejar masa antara satu set ke set lain, Uqasha tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada puteri tunggalnya, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

“Sibuk macam mana pun, saya akan cari masa untuk bersama Uqaira setiap hari. Kadang-kadang saya bawa dia ke set, tapi bergantung juga pada lokasi sama ada sesuai atau tidak. Setakat ini, Uqaira jarang meragam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika tidak dapat membawa anaknya ke lokasi penggambaran, Uqaira akan dijaga rapi oleh pembantu peribadi dengan pengawasan ibunya di rumah.

“Saya sangat bersyukur kerana Uqaira dijaga dengan baik oleh pembantu dan ibu saya. Itu membuatkan saya lebih tenang bekerja,” katanya yang terus kekal positif dan profesional walau dalam apa jua keadaan.

Uqasha Senrose Berang - ‘Jangan Sentuh Anak Saya, Tak Ada Kena Mengena Dengan Isu Rumah Tangga!
uqasha senrose
https://lomp.at/ep6h1
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara