Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Rico Rinaldi Pereka Fesyen Tempatan Pertama Berjaya Sunting Neelofa

by Phic ARMAN
April 12, 2018
Share on Facebook

Interpretasi Aidilfitri tahun ini diterjemahkan penuh idealistik oleh pereka fesyen Rico Rinaldi dalam 46 helaian sempena Summeraya 2018.

Tahun 2018 melakar sejarah apabila Rico Rinaldi mengeluarkan koleksi Summeraya dalam skala paling besar untuk Ready-To-Wear, Bespoke dan Pre-Ramadan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Summeraya 2018 merupakan edisi ketujuh koleksi khas busana Aidilfitri yang dikeluarkan Rico Rinaldi sejak 10 tahun berkecimpung dalam bidang fesyen.

“Summeraya 2018 menghimpunkan semula rekaan popular dan terbaik sepanjang 10 tahun Rico Rinaldi bertapak dalam industri fesyen. Sudah pasti ia meletakkan penanda aras baru dalam rekaan busana Aidilfitri,” kata Rico Rinaldi.

Serentak itu, sebuah pertunjukan fesyen diadakan hari ini (11 April 2018) bertempat di The Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana bagi meraikan koleksi ikonik Summeraya 2018.

Signatur Tersendiri

Summeraya 2018 diambil inspirasi daripada nama-nama baik dalam Islam. Terdiri daripada nama serba indah bidadari syurga dan bunga-bunga dalam taman syurga, koleksi Summeraya juga simbolik melambangkan betapa indahnya busana Aidilfitri tahun ini.

Antara nama yang dipilih untuk mewakili setiap rekaan seperti Abeer (harum/wangi), Eshal (bunga syurga), Naurah (bunga), Razita (bunga) dan Rayhan (bau yang harum).

Setiap busana mempunyai karakter masing-masing dan signatur tersendiri.

“Kebanyakan potongan koleksi kali ini lebih ringkas namun menekankan perincian yang unik. Malah, trend semasa iaitu ikatan riben dan sedikit sentuhan couture disuntik dalam beberapa helaian Ready-To-Wear kali ini,” kata Rico.

Baju Melayu Moden

Rico Rinaldi memilih warna pastel dan lembut untuk melatari Summeraya 2018. Manakala, fabrik yang digunakan untuk setiap helaian Summeraya 2018 terdiri daripada sifon, satin bercorak, krep dan kapas linen. Sebanyak 20 rekaan Ready-To-Wear, 12 rekaan Bespoke, 10 rekaan Pre-Ramadan Wanita dan 4 rekaan Pre-Ramadan Lelaki diperkenalkan dalam Summeraya 2018.

Istimewanya kali ini Summeraya 2018 memperkenalkan rekaan baju Melayu moden khas untuk jejaka yang ingin tampil bergaya pada pagi Syawal.

Neelofa Sebagai Face of Summeraya 2018

Rico Rinaldi turut memperkenalkan Neelofa sebagai Face of Summeraya 2018. Pemilihan itu sekali gus menjadikan Rico Rinaldi sebagai pereka fesyen pertama negara yang berjaya menyunting Neelofa untuk menjadi wajah rasmi sebuah jenama fesyen. Neelofa dipilih berdasarkan pencapaian dan kejayaan yang diraih sepanjang lapan tahun bergelar anak seni.

“Bukan hanya popular malah Neelofa berjaya dalam pelbagai lapangan yang diceburi terutama lakonan dan pengacaraan. Sumbangannya kepada negara juga sangat membanggakan. Saya mahu mencari selebriti yang boleh melambangkan koleksi tersendiri, berbeza, unik dan berketerampilan.”

https://www.instagram.com/p/BhcMGjEFHVb/?taken-by=thericorinaldi

Semua rekaan Summeraya 2018 boleh dibeli dengan harga antara RM465-RM595 (Ready-ToWear), RM2,489-RM2,989 (Bespoke) dan RM229-RM339 (Pre-Ramadan). Koleksi Summeraya 2018 boleh didapati di Butik Rico Rinaldi di Plaza Damas dan Bangi Sentral.

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-"Mama Bangga Melihat Anakku..."
baju rayafesyenneelofarico rinaldisummerraya2018
https://lomp.at/20a5w
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai-“Jangan Lebih-Lebih!..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil memberikan teguran terhadap netizen untuk tidak bersikap terlalu melebih-lebih terhadap isu penceraiannya bersama aktor, Kamal Adli...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore