Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Tak Perlu Bercuti Jauh! Ini 5 Tips Melancong Di Sekitar Rumah Sendiri

by Aphit J.
June 28, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan mencadangkan supaya rakyat Malaysia membantu meningkatkan ekonomi negara. Salah satunya adalah dengan menyokong sektor pelancongan yang terdapat di negara kita.

Untuk anda yang sudah lama ingin melancong, halaman Journohq ada kongsikan beberapa tips untuk menjadi pelancong di tempat sendiri.

Menempah Hotel Untuk Satu Atau Dua Malam

via Hotel Speak

Walaupun hanya untuk hujung minggu, tidak salah sekiranya anda menempah hotel yang terdapat di sekitar kawasan anda. Ini kerana hotel merupakan perkara pertama yang difikirkan sekiranya melancong.

Cuba jadikan tempahan ini seolah-olah realistik dengan membuat penempahan awal dan persediaan seperti mana anda melancong di luar dari kawasan.

Menggunakan Pengangkutan Awam

via Our Auckland

Salah satu aktiviti pelancong adalah dengan menggunakan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan yang didiami. Inilah masa yang sesuai untuk anda mencuba menggunakan kemudahan pengangkutan awam dengan sepenuhnya.

Menurut halaman Journohq, sebaiknya rancanglah perjalanan seperti mana anda merancang perjalanan ketika melancong di luar kawasan.

Melawat Kawasan Tumpuan Pelancong

via Asia Web

Pernahkah anda terfikir mengapa pelancong sering ke tempat anda? Rata-rata daripada kita sering menyatakan bahawa tiada yang menarik di kawasan sendiri. Untuk kali ini, cuba anda lihat kembali tempat-tempat yang menjadi tarikan para pelancong dan cuba untuk menerokai dan merasai sendiri keunikan kawasan tarikan ini.

Mengambil Gambar Kemana Saja Destinasi Anda

via Healthy Travel Blog

Jika kita tengok kembali, kebanyakkan kita akan merakam setiap moment penting ketika melancong di luar. Ini kerana kita tidak mahu terlepas moment yang menarik dan situasi yang dirakam merupakan situasi baru untuk kita.

Untuk anda yang ingin melancong di kawasan sendiri, cuba untuk merakam setiap moment dan ambillah gambar di setiap kawasan tarikan yang dikungjungi.

Mencuba Restoran Baru

via Rewards Network

Pasti anda mempunyai restoran kegemaran di kawasan sendiri bukan? Kali ini, cuba untuk mengubah selera anda dengan mencuba retoran dan kedai makan yang belum pernah anda cuba. Menurut halaman Journohq, perkara ini akan memberikan lagi kelainan di dalam aktiviti melancong anda.

Jadi untuk anda yang rindukan travel, boleh cuba untuk menjadi pelancong di tempat sendiri.

cara melancongidea kembaramelancong di tempat sendiri
https://lomp.at/9v4ia
Share13Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Kontroversi Rain Rave 2026 di Bukit Bintang Makin Hangat, Tapi Ada Manfaat Ramai Tak Nampak

by Phic ARMAN
April 29, 2026

Nama Rain Rave Water Music Festival 2026 memang makin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ada yang teruja nak join, ada...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Hotel

Kenali Eric Fettke, Executive Chef Shangri-La KL, Pernah Terlibat Dengan Sukan Olimpik?

by Phic ARMAN
April 21, 2026

Dunia kulinari hotel mewah di Shangri-La Kuala Lumpur kini makin hangat bila seorang chef bertaraf antarabangsa, Eric Fettke, rasmi dilantik...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara