Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

by Ayu Kamaruddin
February 16, 2026
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan Negeri Johor umum peruntukan kira-kira RM17 juta sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, yang akan dimanfaatkan oleh masyarakat Cina di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata peruntukan tersebut merangkumi aspek pendidikan, kebudayaan, pembangunan komuniti serta sambutan perayaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan semua kaum di Johor.

Beliau menjelaskan peningkatan peruntukan ini selari dengan perkembangan ekonomi dan hasil negeri yang semakin baik.

Antara faktor penyumbang ialah pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang kini menjadi pilihan pelabur untuk membuka kilang dan menjana peluang pekerjaan.

“Antaranya adalah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang semakin menjadi pilihan ramai pelabur, mereka membuka kilang dan memberikan manfaat kepada semua Bangsa Johor,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam dan Silaturahim Tahun Baharu Cina

Johor MB: King already said no to casino in Johor
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Beliau berkata kerajaan negeri akan membela semua masyarakat di Johor tanpa mengira kaum dan agama serta memberi tumpuan kepada ‘Semangat Bangsa Johor’ bagi memperkukuh perpaduan di negeri itu.

Fokus Pendidikan Jadi Keutamaan

Sebahagian besar peruntukan disalurkan kepada sektor pendidikan, antaranya:

  • RM1 juta kepada Kolej Universiti Selatan (SUC)
  • RM3.27 juta kepada 10 sekolah menengah persendirian Cina
  • RM1.3 juta kepada 219 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi kemudahan bilik guru termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan pendidikan komuniti Cina di Johor.

Peruntukan Kebudayaan & Keagamaan

Bagi sektor kebudayaan dan keagamaan pula:

  • RM1.5 juta diperuntukkan untuk aktiviti Tarian Singa ‘Maju Johor’
  • RM2 juta disalurkan kepada rumah ibadat bukan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) Tiong Hua
Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat 'Tuah' Lari Sepanjang Tahun!

Selain itu, sebanyak RM3 juta turut diberikan melalui Bantuan Kasih Johor kepada Kampung Baru Cina bagi menyokong pembangunan komuniti setempat.

@onnhafiz

Syukur Alhamdulillah, Majlis Makan Besar sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor Tengah berlangsung meriah, menjadi wadah menyatukan rakyat berbilang kaum serta memperkukuh perpaduan Bangsa Johor dalam suasana harmoni dan muhibah. Menerusi majlis yang dihadiri 1,150 orang melibatkan 320 NGO ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina bagi memperkasa masyarakat Tiong Hua merangkumi pendidikan, sekolah Cina, rumah ibadat bukan Islam, NGO dan program Kampung Baru. Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyampaikan sumbangan angpau kepada penerima bagi golongan B40. Saya berharap agar bantuan kecil ini membawa kegembiraan, meringankan beban mereka, dan memberi harapan baharu untuk memulakan tahun dengan semangat positif. Saya berharap majlis seperti ini terus menjadi pemangkin keharmonian yang sekian lama menjadi kekuatan Johor. Johor ada caranya yang tersendiri iaitu budaya saling menghormati, hidup bermuafakat dan menyantuni perbezaan dengan hikmah. Inilah teras kekuatan Bangsa Johor yang wajib kita pertahankan bersama demi memastikan negeri ini kekal aman, stabil dan sejahtera. Semoga sambutan Tahun Baru Cina ini membawa kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada masyarakat Tiong Hua khususnya serta seluruh Bangsa Johor amnya. Insya-Allah. Zhu Fu Da Jia, Ma Nian Da Ji! Gong Xi Fa Cai! Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #TahunBaruCina2026

♬ original sound – Onn Hafiz – Onn Hafiz

RM4.36 Juta Untuk Program Perayaan & ‘Ang Pow’

Bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, kerajaan negeri menyediakan RM4.36 juta khusus untuk pelaksanaan program-program perayaan termasuk pemberian ‘ang pow’.

Menurutnya lagi, jumlah peruntukan kali ini adalah yang tertinggi pernah diberikan kerajaan negeri berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Murai, peruntukan RM17 juta ini bukan sekadar angka, tetapi simbol komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap komuniti terus diberi perhatian dan manfaat secara adil.

Ang powjohorkomuniti cinatahun baru cina
https://lomp.at/ps4ef
Share26Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Raya! Bayaran STR Fasa 2 Diawalkan Bermula Esok

by Ayu Kamaruddin
March 9, 2026

Berita yang pastinya melegakan ramai rakyat Malaysia, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang sebelum ini dijadualkan pada April...

Read moreDetails
Insentif

Raya Sakan Jangan Sampai Terlepas! Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 Masih Dibuka Hingga 30 April

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang sedang sibuk dengan persiapan, ziarah keluarga dan menikmati momen bersama insan tersayang....

Read moreDetails
Insentif

Untungnya Orang Pahang, Percuma Ke Klinik Panel! Ini 5 Manfaat Jika Mohon Kad Kesihatan Kasih Makmur

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Untung betul jadi anak Pahang! Menerusi Kad Kesihatan Kasih Makmur, rakyat yang layak kini boleh menikmati pelbagai kemudahan rawatan kesihatan...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Hingga RM1,000 Dibuka, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

by Ayu Kamaruddin
March 25, 2026

Dalam suasana raya yang masih hangat dengan open house dan balik kampung, ramai mungkin terlepas pandang satu peluang penting, Bantuan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara