Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Hingga RM1,000 Dibuka, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

by Ayu Kamaruddin
March 25, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam suasana raya yang masih hangat dengan open house dan balik kampung, ramai mungkin terlepas pandang satu peluang penting, Bantuan Pendidikan BAKTIDESA daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Inisiatif ini diwujudkan khas untuk membantu anak-anak warga desa meneruskan pengajian tanpa tekanan kewangan, terutamanya bagi mereka yang baru menerima tawaran ke institusi pendidikan.

Kalau anda atau ahli keluarga layak, ini masa terbaik untuk ambil peluang!

View this post on Instagram

Apa Itu Bantuan Pendidikan BAKTIDESA?

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA merupakan bantuan kewangan berbentuk one-off yang disalurkan melalui Akaun Amanah BAKTIDESA (AAB).

Ia bertujuan membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam pendidikan seperti sekolah berasrama, matrikulasi hinggalah ke universiti.

Pendek kata, ini ‘starter pack’ kewangan untuk pelajar yang nak mula perjalanan akademik.

Kadar Bantuan Yang Ditawarkan

Bantuan ini dibahagikan kepada dua kategori utama:

  • Kategori 1
    (SBP, MRSM, Sekolah Berasrama, Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran – peringkat sijil)
    RM500
  • Kategori 2
    (IPTA – Diploma & Ijazah Sarjana Muda)
    RM1,000

Walaupun nampak ringkas, bantuan ini boleh jadi ‘penyelamat’ untuk kos awal seperti yuran, keperluan asrama dan barangan belajar.

Syarat Kelayakan Yang Perlu Dipenuhi

Untuk layak memohon, pemohon perlu:

  • Warganegara Malaysia & belum berkahwin
  • Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah (mengikut PGK)
  • Telah menerima tawaran ke institusi seperti SBP, MRSM, matrikulasi atau IPTA
  • Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh badan seperti MQA atau JPK
  • Memohon dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran

Cara Mohon Bantuan Ini

Proses permohonan agak mudah, cuma perlu ikut step berikut:

  • Layari portal rasmi Bantuan Pendidikan BAKTIDESA
  • Muat turun borang permohonan
  • Isi maklumat dengan lengkap
  • Hantar borang bersama dokumen sokongan ke alamat urus setia KKDW di Putrajaya

Yes, kena hantar secara fizikal jadi pastikan semua dokumen lengkap!


Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang perlu disediakan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat tawaran & pengesahan kemasukan
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan
  • Salinan akaun bank aktif

Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai yang dibenarkan seperti ketua kampung, pegawai kerajaan atau wakil rakyat.

Dalam kita sibuk beraya, jangan lupa masa depan juga kena jaga. Bantuan macam ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar terutama untuk keluarga yang benar-benar memerlukan. Jadi, untuk yang layak, jangan tunggu lama. Apply cepat, settle awal lepas tu sambung raya tanpa risau.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bantuan Pendidikan BAKTIDESA
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara