Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[GAMBAR] Rody Kristal Sah Jadi Suami Kepada Penjaga Gol Futsal Kebangsaan

by Ayden Mikhael
April 29, 2018
Share on Facebook

Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody selamat bergelar suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman atau lebih dikenali sebagai Niena dengan sekali lafaz. Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Creator Hotel, Johor pada hari jumaat.

Niena menerima mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11. Niena turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Menerusi muat naik di Instagram, Rody meluahkan rasa syukur dan lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, hari ini hari bersejarah buat hidupku kerana dengan sekali lafaz, aku telah menjadi suami @niena_azmann.

“Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah saya akan jaga dan bimbing sayang,” tulisnya.

Resepsi mereka pula diadakan di Dewan Raya Kulai, Kg. Melayu, Kulai, Johor pada hari sabtu.  Pasangan ini berkenalan selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Rody melamar Niena hanya melalui akaun Instagram sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

murai.my ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini tabah menempuhi dugaan dalam hidup berumah tangga serta mendapat anak-anak yang comel kelak. In shaa Allah, aamiin 🙂

Nur Izwani AzmanRody Kristal
https://lomp.at/nkfh5
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Beri Pesanan Buat Marissa Isu Dua Kali Lafaz Cerai Luar Mahkamah-“Anak Mama Kuat..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Marissa Dania yang hadir bersama Ahmad Aslam di mahkamah bagi prosedur tuntutan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara