Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Biadab Gila Lah’- Netizen Anggap Rosyam Noor Tak Sensitif Terhadap Shuib

by Zaidin Albert
May 30, 2022
Share on Facebook

Semalam (29/5) bersiarannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Anugerah MeleTop Era 2021 yang dikendalikan tiga pengacara tersohor, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. Selain itu, barisan selebriti popular tampil untuk menyampaikan Anugerah kepada pemenang antaranya Catriona Ross, Datuk Sri Vida, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Namun di media sosial, rata-rata netizen sibuk memperkatakan tentang gandingan penyampai anugerah oleh pelakon Datuk Rosyam Noor dan pelawak Shuib. Apa yang menjadi perbincangan hangat adalah  Rosyam di dakwa tidak sensitif mengajukan soalan kepada Shuib mengenai mencari pengganti atau isteri baru.

“Apabila saya fikir kita semakin baik, Rosyam Nor bertanya kepada Shuib di TV nasional “kau duda terhangat sekarang. Dah 8 bulan ni kan, ada pengganti?” Shuib kelihatan sangat tidak senang tetapi mengendalikannya secara profesional, tetapi Rosyam Nor terus mendesak untuk mendapatkan jawapan. #AME2021″ – tulis pengguna twitter dengan akaun bernama @aza_mikitty

View this post on Instagram

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Rata-rata netizen kurang senang dengan cara Rosyam yang bertanyakan soalan sebegitu kepada seseorang yang baru sahaja kehilangan isteri. Malah ada yang menganggap gurauan Rosyam agak keterlaluan seolah-olah tidak menghormati perasaan orang lain.

Seperti mana yang pernah dilaporkan oleh media tempatan sebelum ini, tidak dinafikan Shuib sedang mengenali seseorang untuk menjadi bakal isteri. Katanya kepada BH Online, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara. Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’ jika kalau jumpa calon sesuai. Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai. Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya kepada BH Online.

Mungkin soalan yang diajukan oleh Rosyam ini datangnya dari kenyataan Shuib dikongsikan kepada media tempatan sebelum ini. Shuib kehilangan arwah Siti Sarah pada 9 Ogos lalu akibat COVID-19 selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan. Hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

[VIDEO] Ahmad Dayyan Beri Bunga Kepada Talita, Reaksi Shuib Undang Curhat Warganet
rosyam noorshuib
https://lomp.at/12mau
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - @chazynash (IG)
Lokal

“Salah Dari Sisi Islam Ke Tak, Biar Saya Tanggung. Tamak Betul”- Chazynash

by Nurul A.
January 8, 2026

Nampaknya isu perceraian pempengaruh media sosial, Chazynash dan bekas isterinya, Fatin Morat terus menjadi perhatian orang ramai. Kali ini  Chazynash,...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore