Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Rozita Che Wan Jawab Persoalan Berhijab Hanya Untuk Fesyen?

by Ayden Mikhael
April 13, 2019
Share on Facebook

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Rozita Che Wan, beliau ditanya pendapatnya tentang topik ‘Bertudung Untuk Bergaya’ dan berpendapat segelintir wanita mengenakan tudung kerana ingin mahu menutup aurat namun juga berhijab untuk berfesyen.

Namun, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu menegaskan tidak kira apa sahaja tujuan atau niat mereka tetapi perlu diingatkan bahawa menutup aurat itu adalah perkara wajib.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Kita tidak tahu apa niat dia memakai tudung, mungkin ingin berfesyen dan juga nak menutup aurat. Ataupun menutup aurat dalam masa yang sama ingin berfesyen.

“Sebenarnya sesetengah orang apabila dia komen sebab dia tidak memakai tudung kerana merasakan tidak perlu jika tidak ikhlas ataupun ketika itu belum dapat seru. Sama ada ikhlas atau tidak, menutup aurat itu tetap wajib,” ujar Che Ta.

Selain itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut ditanya bagaimana dia mula-mula membuat keputusan untuk bertudung penuh. Untuk makluman, Che Ta membuat keputusan untuk tampil berhijab pada tahun 2015 sekembalinya daripada mengerjakan ibadah Umrah.

“Zain sendiri tidak pernah suruh pun saya pakai tudung. Cuma selepas balik dari umrah, saya nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang pakai tudung ke? Saya mengiyakan,” katanya lagi.

Untuk makluman, Zain dan Che Ta bernikah pada 11 Disember 2013 sebelum mereka dikurniakan anak perempuan, Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014. Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra. murai.my mendoakan kebahagiaan keluar mereka.

“Suami Sendiri Buaya Lapar"-Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
che tarozita che wan
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem