Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rozita Che Wan Jawab Persoalan Berhijab Hanya Untuk Fesyen?

by Ayden Mikhael
April 13, 2019
Share on Facebook

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Rozita Che Wan, beliau ditanya pendapatnya tentang topik ‘Bertudung Untuk Bergaya’ dan berpendapat segelintir wanita mengenakan tudung kerana ingin mahu menutup aurat namun juga berhijab untuk berfesyen.

Namun, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu menegaskan tidak kira apa sahaja tujuan atau niat mereka tetapi perlu diingatkan bahawa menutup aurat itu adalah perkara wajib.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Kita tidak tahu apa niat dia memakai tudung, mungkin ingin berfesyen dan juga nak menutup aurat. Ataupun menutup aurat dalam masa yang sama ingin berfesyen.

“Sebenarnya sesetengah orang apabila dia komen sebab dia tidak memakai tudung kerana merasakan tidak perlu jika tidak ikhlas ataupun ketika itu belum dapat seru. Sama ada ikhlas atau tidak, menutup aurat itu tetap wajib,” ujar Che Ta.

Selain itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut ditanya bagaimana dia mula-mula membuat keputusan untuk bertudung penuh. Untuk makluman, Che Ta membuat keputusan untuk tampil berhijab pada tahun 2015 sekembalinya daripada mengerjakan ibadah Umrah.

“Zain sendiri tidak pernah suruh pun saya pakai tudung. Cuma selepas balik dari umrah, saya nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang pakai tudung ke? Saya mengiyakan,” katanya lagi.

Untuk makluman, Zain dan Che Ta bernikah pada 11 Disember 2013 sebelum mereka dikurniakan anak perempuan, Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014. Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra. murai.my mendoakan kebahagiaan keluar mereka.

[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist
che tarozita che wan
https://lomp.at/14ds5
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @katseyeworld (IG) / @meretmanon (IG)
Korea

Manon Beri Penjelasan Selepas Peminat Panik Nama ‘KATSEYE’ Dipadam Dari Bio IG

by Nurul A.
April 3, 2026

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon Bannerman menjadi topik perbualan ramai sekali lagi selepas memadam nama kumpulannya daripada akaun Instagram peribadinya. Tindakan ini...

Read moreDetails
Lokal

Shila Amzah Titip Ucapan Istimewa Buat Seth Uwais Sempena Hari Autisme Sedunia, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Penyanyi, Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Seth Uwais sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Kongsi Upacara Sembahyang Sebelum Masuk Rumah Baru, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
April 17, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyun mencuri perhatian netizen selepas adat keluarganya yang mengadakan upacara sembahyang sebelum berpindah masuk ke rumah baru....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara