• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Properti

Kini Dijual RM224 Juta! Lihat 10 Foto Bekas Rumah Mewah Brad Pitt

by Phic ARMAN
June 25, 2019
Share on Facebook

Pada awal bulan June 2019, kediaman mewah di Baverly Hills yang pernah diduduki oleh 2 selebriti hollywood popular, Brad Pitt dan Jennifer Aniston ini dikhabarkan telah rasmi dijual dengan harga US$ 56 juta atau lebih kurang RM 224 Juta.

Dipetik dari sumber The  Wall Street Journal, Pitt dan Aniston membeli kediaman ini pada tahun 2001 dengan harga US$ 13 juta. Walaubagaimanapun, pasangan ini telah menjual kediaman mewah ini kepada seorang usahawan syarikat pelaburan yang bernama Jonathan Brooks.

Agak-agak bagaimana penampakkan rumah tersebut? Jom lihat gambar dan ulasan di bawah ini.

Luasnya lebih dari 1,110 meter persegi

Difahamkan, luas kediaman lama Brad Pitt ini mencapai 1,110 meter persegi. Kediaman ini memiliki lima bilik dan 12 bilik mandi. Pelik kan? Begitu banyak bilik mandi jika dibanding dengan bilik tidur.

Ternyata kediaman ini sudah dibina sejak tahun 1934, dan direka oleh Wallace Neff. Kalau anda tak kenal dengan nama ini, anda boleh menonton filem Holiday yang dibintangi Cameron Diaz. Dalam filem tersebut ada rumah mewah klasik yang merupakan hasil kerjanya.

Jikal dilihat sekali imbas , rumah ini ada sedikit berkonsepkan gaya eropah. Bahagian depannya dihiasi dengan pepohonan hijau yang dijaga dengan rapi.

Memiliki interior rustik

Boleh dikatakan, interior rumah ini cukup unik dan menarik. Anda boleh lihat struktur dinding di ruang tamunya yang berunsur klasik. Lantai rumah ini tak semuanya menggunakan motif kayu. Beberapa ruangan lain dilihat menggunakan jubin seramik.

Dominasi warna putih menghiasi bahagian ruang tamu dan ruang menonton.

Penampakan ruangan ini rustik sangat, ditambah dengan lantai diperbuat dari kayu. Dan ruangan ini dihiasi permaidani tikar rotan berwarna coklat kekuningan. Suasananya cukup hangat.

Ruang makan

Penampakan ruang makan di kediaman lama Brad Pitt ini bertemakan hitam putih. Lantainya seakan-akan seperti papan catur, sebahagian dinding dilapisi batu marmar dan sebahagian lainnya bata ekspos namun kedua-duanya berwarna putih.

Kebanyakkan laci dan almari di ruangan ini berwarna hitam. Penggunaan marmar diaplikasikan pada meja dapur dan meja makan kecil.

Lokasi ruang makan di rumah ini terletak di balik dapur. Dindingnya berwarna putih, sementara itu mejanya panjang dan boleh menempatkan 12 orang.

Bilik tidur utama kediaman ini juga terlihat homey sangat. Didominasi warna putih mulai dari pintu, tembok, hingga siling.

Terletak di belakang katil, ada tingkap dan di sebelah sudut tepi ada tempat pemanasan.

Pencinta filem tentu bakal sering menghabiskan tempat ini. Difahamkan, dulu ruangan ini adalah bar, namun pemilik rumah mengubahsuai menjadi panggung wayang mini.

Halaman belakang rumah ini juga sangat cantik. Kolam renangnya sudah dilengkapi dengan lampu, jadi kalau malam hari berenang pun tak mengapa. Di sini juga ada gelanggang tenis.

Tapi yang paling penting adalah, pemandangan di halaman belakang rumah ini pun sangat mendamaikan. Anda akan dapat lihat permandangan alah semulajadi yang menghijau.

Itulah sekilas penampakan rumah RM 224 Juta yang pernah dihuni oleh Brad Pitt. Jika mempunyai rumah di Beverly Hills pastinya akan berjiran dengan artis-artis Hollywood popular. Tak hairanlah kalau harganya mahal.

https://lomp.at/7ki1r
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore