Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Wow! Rumah Nicholas Saputra Ini Gabung Konsep Minimalis & Alam Semulajadi

by Phic ARMAN
October 16, 2018
Share on Facebook

Di Malaysia, pasti ramai peminat yang tergila-gila dengan ketampanan wajah aktor dari Indonesia Nicholas Saputra, lagi-lagi kaum wanita.

Umumnya, nama Nicholas Saputra menjadi sebutan sejak dia muncul dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ bergandingan dengan aktres jelita Dian Sastrowardoyo pada tahun 2002.

Sejak saat itu, aktor kacukan Jawa-Jerman ini pun semakin popular dan sudah membintangi lebih dari 20 filem di Indonesia. Pencapaian dalam dunia hiburan telah membuatkan dia sering mendapat tawaran tinggi sebagai bintang iklan, model dan sebagainya. Tak hairanlah jika Nico menjadi salah satu aktor dengan bayaran termahal di Indonesia.

Dalam sisi yang berbeza, Nico difahamkan sangat menyukai alam semulajadi. Terbukti dari foto-foto Instagram miliknya, di mana terdapat ratusan foto dengan pemandangan alam yang menakjubkan.

Oleh kerana minat ini, membuatkan Nico menghias rumahnya bergaya natural tapi tetap moden minimalis. Nak lihat rumahnya? Jom intip gambar-gambar di bawah;

Interior unik

View this post on Instagram

A post shared by Nicholas Saputra (@nicholassaputra)

Menerusi akaun Instagramnya @nicholassaputra, dia memuatnaik kediamannya yang diberi nama Tanah Teduh. Struktur rumah yang dibina dengan konsep  minimalis moden ini memang terlihat  ringkas namun masih terlihat mewah.

Hiasan dalaman rumah ini didominasikan warna putih dengan pepohonan rendang sekaligus membuatkan rumah tersebut menjadi sangat menenangkan.

Dominasi Unsur Kayu

Rasa cintanya pada alam semulajadi dapat dibuktikan dari bahagian dalam rumahnya di mana interiornya didominasi dengan kayu, mulai dari lantai, meja makan, tangga, lampu gantung, jam dinding hingga kipas angin yang dilapisi dengan material kayu.

Rumah yang terletak di Jakarta Selatan ini juga memiliki tingkap besar yang membuat ventilasi rumah menjadi lebih asyik lantaran sinar matahari dan udara segar dapat masuk dengan mudah.

Bukan itu sahaja,  penghuni di rumah ini juga akan dimanjakan dengan pemandangan indah di halaman luar. Di mana dikelilingi oleh rumput hijau yang memberikan kesan sejuk dan natural.

Cantikkan rumah Nico ni? Kepada anda yang ingin memiliki rumah seperti Nico, pasti boleh. Asalkan kerja keras dan selalu bersungguh-sungguh serta sentiasa bersemangant mencari wang. Berangan tak salah kalau ia adalah satu impian!

https://lomp.at/78ncm
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara