• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak Selepas Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Memilih Berdiam Diri

by Puteri Alia
November 22, 2023
Share on Facebook

Tiada rumah tangga yang bebas daripada ujian. Namun setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Rumah tangga bahagia adalah yang mampu menghadapi ujian bersama-sama tetapi masih berpegang teguh pada syariat-Nya.

Kita perlu belajar bahawa ujian dalam rumah tangga akan datang dari segala arah, bersedialah menghadapinya.

Berbahas soal ini, pelakon Mawar Rashid memilih berdiam diri apabila diminta mengulas mengenai dakwaan dia dan suaminya, Raf Yaakob bakal bercerai.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika menjawab panggilan media tidak memberikan sebarang maklum balas dan mematikan telefon bimbitnya sebaik diajukan soalan.

Difahamkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Sementara itu, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 45, enggan mengulas dakwaan mengatakan adiknya, Raf Yaacob dan Mawar bakal bercerai.

Fazley sebaliknya ingin memberikan ruang kepada pasangan itu menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

“Saya mohon maaf, saya tak boleh ulas lanjut dakwaan ini. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan hanyalah memohon supaya semua orang mendoakan yang baik-baik buat Raf dan Mawar.

“Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan itu,” katanya.

Mawar dan Raf melangsungkan pernikahan pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sementara itu, Raf pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan yang terdahulu.

Mawar Rashid Selesai Tunai Umrah, Tampil Mohon Maaf-"Jika Ada Yang Tersimpan Di Hati, Terasa..."
mawar rashidraf yaakob
https://lomp.at/jkbcx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Katil Besar, Tiada Orang Di Sebelah” – Video Que Haidar Nyanyi Lagu Jamilah Cecah 5.6 Juta Tontonan

by Puteri Alia
November 4, 2025

Pelakon versatil Que Haidar tidak menyangka tindakannya memuat naik video ringkas menyanyikan lagu Jamilah di TikTok akan mencetuskan fenomena hingga...

Read more
Lokal

[VIDEO] “Berani Panggil I Mak Cik Ekk, Sabar Japp”- Anzalna Nasir

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparan Anzalna yang membaca komen individu yang memanggilnya dengan gelaran Mak Cik ketika beliau...

Read more
by Noah Ab
October 30, 2025
Lokal

Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Aliff Syukri Disenarai Penyumbang Zakat Terbesar Selangor

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri muncul antara penyumbang terbesar zakat di negeri...

Read more
by Puteri Alia
September 25, 2025
Konsert

Rockolusi Kuasa Dua: Gabungan Epik Kristal X & Azlan & The Typewriter di Zepp KL

Tahun 2026 bakal dibuka dengan penuh bergaya apabila Republic Mokhmah Records menganjurkan konsert mega bertajuk Rockolusi Kuasa Dua, mempertemukan dua...

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Datin Shahida Beli Banyak Rotan Untuk Anaknya-“Esok Hilang Lah Ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida yang membeli rotan dalam jumlah yang banyak. Datin Shahida juga mengatakan...

Read more
by Noah Ab
November 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Fatima Ambil Suntikan Ditemani Fazura Raih Pujian Netizen…

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan Fazura yang menemani Fatima untuk mendapatkan suntikan, Fazura juga sempat menanyakan kepada Fatima...

Read more
by Noah Ab
November 19, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Shah Rukh Khan Kenakan 2 Syarat Ini Jika Aryan Khan Mahu Mengambilnya Berlakon

King of Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi mengadakan sesi soal jawab interaktif iaitu #AskSRK di platform X. Dalam sesi...

Read more
by Nurul A.
November 7, 2025
Lokal

Comel! Gelagat Ammar Ahyan Dikejar Raja Azura & Shiha Zikir, Netizen Terhibur

Ammar Ahyan, anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, kembali mencuri perhatian netizen apabila gelagat spontannya di atas pentas...

Read more
by Farah Fatihah
December 17, 2025
Lokal

Aisha Retno Pengsan Di Belakang Pentas Akibat Serangan Panik, Enggan Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi bersuara lunak, Aisha Retno mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya tiba-tiba pengsan akibat serangan panik di belakang pentas sewaktu pentas...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Spotlight

Nak Jadi Main Character Sewaktu Krismas? Ini Gift Trending 2025 Di TikTok Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun Sambutan Hari Natal bakal menjelang hujung Disember nanti tetapi platform TikTok sudah mula dibanjiri dengan pelbagai idea hadiah, video...

Read more
by Aisy
December 13, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  3. 3

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore