• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rupa Paras Sering Dihina, Sharifah Sakinah Berang Anaknya Baru 6 Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen

by Puteri Alia
June 19, 2023
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Sharifah Sakinah berang dengan sikap netizen yang membuli dan mengejek anaknya, Anais berikutan tular sebuah video di aplikasi TikTok membabitkan anak tunggalnya bersama dan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Sehubungan itu, Sakinah menerusi hantaran di Instagram (IG) memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan perbuatan itu tidak berlanjutan.

“Saya ingin mengetengahkan satu insiden yang berlaku, baru-baru ini membabitkan anak perempuan saya, Anais dan kakak saya seperti yang tular dalam aplikasi TikTok.

“Saya tak kisah jika kalian nak membuat andaian atau bercakap buruk pasal saya, tetapi bukan pada kanak-kanak berusia 6 tahun.

“Sepanjang 15 tahun saya aktif dalam IG, saya cuba membataskan diri daripada berkongsi perkara peribadi termasuk membuat ulasan mengenai produk mengarut sebagai isi kandungan.

“Keutamaan saya lebih kepada menjaga perasaan anak dan reputasi keluarga.

“Sangat mengecewakan apabila melihat anak saya menjadi mangsa buli. Mengambil kira ini adalah amaran terakhir, saya akan mengambil tindakan undang-undang demi untuk melindungi keluarga,” kata Sakinah menerusi hantaran berbentuk foto bersama anaknya itu.

Menerusi entri sama, pelakon filem Jemputan Ke Neraka ini sempat menitipkan pesanan kepada netizen supaya lebih berhati-hati apabila menulis komen dalam media sosial.

“Marilah kita bersama memupuk persekitaran dalam talian yang penuh belas ihsan dengan mengangkat antara satu sama lain berbanding menjatuhkan mereka,” ungkap Sakinah.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Sakinah termasuk rakan artis memberi kata-kata semangat kepada pelakon sensasi itu.

Sharifah Sakinah Dedah Amal Tutup Lubang Jamban Waktu Maghrib Elak Gangguan Makhluk Halus
sharifah sakinah
https://lomp.at/6x823
Share438Tweet274SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Momen Lucu Paranormal Cik B Bersama Cik Lan, Buatkan Netizen Ketawa

by Noah Ab
October 27, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Cik B yang menyertai paranormal bersama Cik Lan atau nama sebenarnya adalah Roslan...

Read more
Lokal

[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang menyanyikan lagu tradisional terbaharu daripada Siti Nurhaliza dan Lesti Kejora. https://www.tiktok.com/@rosmadiothman/video/7565370386624302343?_t=ZS-90sBA8GrN9c&_r=1...

Read more
by Noah Ab
October 27, 2025
Foto - @__yosoybettylafea_forever (IG)
Selebriti

Masih Ingat ‘Yo soy Betty, la fea’? Hampir 3 Dekad Kemudian, Inilah Rupa Terkininya

MURAI yakin generasi tahun 90-an pasti familiar dengan telenovela "Yo Soy Betty, La Fea". Telenovela ini pernah mencetuskan fenomena di...

Read more
by Nurul A.
October 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Ernie Zakri & Syamel ‘Borak Kacip’-“Ni Baru Sekufu”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ernie Zakri dan Syamel yang membuat live di aplikasi tiktok selepas menghadiri majlis...

Read more
by Noah Ab
September 17, 2025
Lokal

“Saya Silap Buka Aib Sendiri” – Ieda Moin Mohon Maaf Lepas Kongsi Kisah Nyaris Terjebak Hubungan Songsang

Tidak menyangka niat berkongsi kisah silam akan mengundang kecaman hebat, penyanyi dan pelakon Ieda Moin tampil memohon maaf selepas pendedahannya...

Read more
by Puteri Alia
October 9, 2025
Musik

AirAsia Hausboom Festival 2025 Berjaya Satukan Artis Malaysia & Indonesia Dalam Satu Pentas

Festival muzik kegemaran ramai, AirAsia Hausboom Festival 2025 yang berlangsung pada hujung minggu lalu berjaya memukau ribuan peminat dengan persembahan...

Read more
by Naddy Joe
October 16, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Shukri Yahaya Main ‘Filter Tiktok’ Undang Tawa Netizen

Baru-baru ini, tular satu video lama yang memaparkan Shukri Yahaya yang sedang bermain filter tiktok semasa isterinya sedang berniaga tudung....

Read more
by Noah Ab
August 26, 2025
Berita

INTEAM Hadir Dengan Konsert Skala Besar Pada Februari 2026 Ini

Kumpulan nasyid terkenal, INTEAM hadir dengan sebuah konsert berunsur Islamik dalam skala besar pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena,...

Read more
by Naddy Joe
October 17, 2025
Foto - @officialraveenatandon (IG)
Bollywood

Kenapa Aktres Jelita Ini Tolak Tawaran Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

Dalam industri hiburan Bollywood, aktor dan aktres mempunyai kebebasan untuk memilih projek filem yang mereka mahu ambil atau tolak. Baru-baru...

Read more
by Nurul A.
October 29, 2025
Lokal

Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

Penyanyi , Siti Sairah Tarudin berkongsi keadaaan terkini anak lelakinya, Ahmad Dayyan yang sebelum ini tular di media sosial selepas...

Read more
by Naddy Joe
October 17, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  4. 4

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

  5. 5

    Kenapa Aktres Jelita Ini Tolak Tawaran Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem