Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Peguam Sahkan Ustaz Abu Syafiq Telah Failkan Saman Terhadap Amin Idris

by Phic ARMAN
May 7, 2020
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Firma guaman NHA Advocates and Solicitors hari ini mengesahkan bahawa Ustaz Abu Syafiq telah memfailkan saman di mahkamah terhadap Amin Idris dan seorang lagi individu kerana memuat naik kenyataan-kenyataan yang memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasi anak guam mereka. Saman tersebut difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan.

“Anak guam kami, Ustaz Abu Syafiq, memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan individu tersebut kerana memfitnah beliau. Ianya dilakukan oleh defendan-defendan tersebut yang telah menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah mengenai anak guam,” kata Nurul Hafidzah Hassan, Rakan Kongsi Utama firma guaman tersebut.

Saman itu bertujuan melindungi reputasi Ustaz Abu Syafiq dan supaya kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyatan mereka yang salah dan berbaur fitnah, dan juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh Amin Idris dan seorang lagi individu tersebut.

Sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Ustaz Abu Syafiq telah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi Amin Idris dan seorang lagi individu tersebut enggan meminta maaf kepadanya walaupun telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah di atas talian.

“Ustaz Abu Syafiq telah cuba meminta agar kenyataan-kenyataan fitnah dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun Amin Idris dan seorang lagi individu enggan berbuat demikian. Apa yang pasti melalui bukti-bukti yang telah diteliti, kami mendapati anak guam tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Kami juga sedang meniliti beberapa akaun lain yang membuat komen fitnah, “body shaming”, menghina dan lain-lain jenis perlakuan yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan.

Kami berharap masyarakat lebih celik, peka dan tahu membezakan kritikan dan pendapat berbanding fitnah. Raikan perbezaan pendapat. Salah yang bagaimanapun yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk memfitnah, memalukan dan melakukan serangan peribadi (personal attack),” tambah Nurul Hafidzah Hassan, yang merupakan seorang peguam korporat, sivil dan Syariah.

Amin Idris Bimbang Ramai Wanita Buka Tudung, Anak Nora Ariffin Antara Cetus Kontroversi
Amin Idirisamin idrisUstaz Abu Syafiq
https://lomp.at/8of4s
Share21Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Spotlight

Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ini, beberapa foto yang dikongsikan di Instagram oleh salah seorang ahli keluarga kepada Dayang Nur Camelia atau lebih dikenali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara