• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Takkan Aku Ampunkan!” – Nur Sajat Mengamuk, Nafi Sudah ‘Bankrupt’

Malah dia tidak akan memaafkan mereka yang terlibat dalam tuduhan tersebut.

by Khai Azfar
February 8, 2022
Share on Facebook

Berita mengenai usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman kembali mencuri tumpuan susur masa laman sosial media.

Nafi Sudah Muflis 

Terbaru, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menegaskan dirinya bukan berstatus muflis seperti yang dihebahkan sebelum ini. Perkara itu didedahkan sajat menerusi sebuah hantaran di Instagram yang turut memuatnaik tangkap layar dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan status dirinya.

Sajat Tidak Akan Maafkan 

Menurut Sajat, tuduhan mendakwa dirinya sebagai individu berstatus muflis adalah fitnah semata-mata, malah dia tidak akan memaafkan mereka yang terlibat dalam tuduhan tersebut.

“Berlambak orang fitnah kata sajat dah bankruptcy bagai!!! Siap kata, sajat dah bankruptcy uols!!! Korang hadam lah yang mengata aku bankruptcy tu!! Tak kan aku ampun kan!! Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa!!!” tegas Sajat

Di akhir hantarannya itu, Sajat sempat berseloroh dengan menyifatkan dirinya masih tergolong sebagai ‘orang berada’ dan jantina pada kad pengenalan di Australia turut menyatakan dirinya adalah wanita.

“Walaupun I dah duduk negara luar, Nursajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey…Walaupun nama tu, tak SESUAI dengan wajah i yang cantik ini. Nasib kat sini, AUSTRALIA ??, ID sajat female giteww!!!,” katanya

Pada Julai tahun lalu, Murai.my melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan berikutan kegagalan usahawan tersebut membayar penghakiman sebanyak RM200,000.00 kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada April 2021.

nur sajat
https://lomp.at/z9kbo
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore