Kecoh di media sosial apabila beberapa saksi berkongsi detik cemas melibatkan seorang wanita yang dilaporkan terjatuh ke landasan di Stesen LRT Abdullah Hukum, Bangsar, petang semalam.
Menurut Komander Operasi, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.19 petang melalui talian NG999 sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan muka selepas tersepit di bawah gerabak Transit Aliran Ringan (LRT), namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.
Kenyataan Saksi Di Threads
Beberapa saksi yang berada di lokasi semasa kejadian berkongsi pengalaman mereka di Thread:
“Ada orang jatuh dekat stesen Abdullah Hukum, aunty tu cakap gadis tu tengah main telefon, ingatkan tren dah sampai… then dia terus melangkah ke hadapan dan jatuh, dia masih hidup tapi tersepit bawah tren… rasanya bomba dah keluarkan dia, semoga dia selamat.”
“Earphones + main telefon + tak berdiri di belakang garisan kuning = confirm lah jatuh. Syukurlah dia okay secara fizikal, tapi saya tak boleh simpati dengan sikap cuai. Sila sedar dengan persekitaran anda di platform”
“Ia memang trauma untuk kami semua yang menyaksikan. Tak tahu kenapa ada yang kata dia ditolak, tapi tidak, dia TERJATUH secara tidak sengaja & dia terdiam. Pihak berkuasa telah dimaklumkan dan bomba datang dengan pantas untuk membantu.”
Perkongsian saksi ini menjadi peringatan keras bahawa cuai di platform tren boleh membawa risiko serius.
MURAI nak pesan sikit, bila berada di kawasan berisiko seperti stesen LRT, jangan leka dengan telefon atau abaikan garisan keselamatan kuning. Kadang-kadang, satu langkah kecil boleh membawa akibat besar.
Semoga mangsa cepat sembuh dan kejadian ini menjadi iktibar buat semua.









