Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Tulus Digital Lancar Kempen ‘BerkatZakat’ Ramadan 1447H, Bayar Zakat Kini Semudah Satu Klik

by Ayu Kamaruddin
February 19, 2026
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjelang Ramadan 1447H, Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital) tampil dengan kempen istimewa bertemakan ‘BerkatZakat – Satu klik, seribu keberkatan’, sekali gus mengajak umat Islam menunaikan kewajipan zakat secara lebih mudah, selamat dan telus menerusi platform digital.

Kempen ini memberi penekanan terhadap kemudahan akses dalam talian serta impak sosial yang mampu dijana hanya melalui satu tindakan ringkas di hujung jari.

Ketua Pegawai Operasi Tulus Digital, Shahril Emran berkata kempen tahun ini memberi fokus kepada kemudahan digital yang bukan sahaja memudahkan pembayar, malah memberi kesan langsung kepada golongan penerima.

“Melalui kempen ‘BerkatZakat – Satu klik, seribu keberkatan’, kami ingin menekankan bahawa satu tindakan mudah melalui platform digital boleh memberi manfaat besar kepada penerima zakat.”

“Kami memastikan setiap pembayaran disalurkan terus kepada institusi zakat yang sah melalui proses yang selamat dan telus,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi Tulus Digital, Shahril Emran

Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, Tulus berkembang sebagai platform pembayaran beretika yang diyakini rakyat Malaysia, khususnya dalam pengurusan zakat serta urusan amal jariah seperti wakaf, infaq dan sedekah.

Platform ini mematuhi prinsip Syariah serta berpandukan nilai Maqasid Al-Shariah dalam memastikan setiap transaksi dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan akauntabiliti.

Bayar Zakat Fitrah Di 10 Negeri

Menerusi Aplikasi Tulus, pembayaran zakat fitrah kini boleh dibuat di 10 negeri iaitu:

  •  Wilayah Persekutuan
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Sabah
  • Sarawak
  •  Johor
  •  Pulau Pinang
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Perlis

Integrasi ini membolehkan pengguna memilih negeri masing-masing dan melaksanakan pembayaran secara terus tanpa kekangan masa serta lokasi.

Pendekatan ini selari dengan agenda pendigitalan kewangan sosial Islam di Malaysia, sekali gus memperkukuh ekosistem zakat digital negara.

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

Moden, Lebih Mudah & Telus

Aplikasi Tulus boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store, selain pembayaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi mereka.

Tulus Digital Archives - Utusan Malaysia
VIa laman web rasmi Tulus

Dengan slogan yang cukup dekat di hati, satu klik, seribu keberkatan. Tulus menyarankan umat Islam menjadikan pembayaran zakat digital sebagai sebahagian daripada gaya hidup ibadah moden yang lebih beretika dan bertanggungjawab sepanjang Ramadan ini.

Dalam era serba digital, bagi Murai ibadah juga kini bergerak seiring teknologi. lebih mudah, lebih cepat, tetapi tetap berlandaskan prinsip Syariah.

ramadanTulus digitalZakat
https://lomp.at/g0l6g
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Lebih ‘Dekat’ Dengan Rakyat, 10,000 Kedai Runcit Kecil Disasar Seluruh Negara

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) apabila menyasarkan pembabitan 10,000 kedai runcit kecil di seluruh negara menjelang...

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
Insentif

Keliru Dengan Skim Insurans Rakyat Sabah 2026? Ini 5 Hal Yang Perlu Anda Fahamkan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Kalau anda rakyat Sabah, Skim Insurans Rakyat Sabah (SIRS) boleh jadi penyelamat bila berlaku kemalangan. Tapi sebelum teruja untuk buat...

Read moreDetails
Insentif

Doktor Kontrak Tarik Nafas Lega, Kerajaan Lulus Elaun Pertukaran & Perpindahan

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Berita baik buat doktor kontrak yang bakal menerima lantikan tetap di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Kerajaan bersetuju memberikan elaun pertukaran...

Read moreDetails
Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara