Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Salah Faham? Izara Aishah Terkejut Baca Komen Netizen Mengenai Imej Solehah

by Puteri Alia
December 6, 2022
via TikTok Izara Aishah

via TikTok Izara Aishah

Share on Facebook

Kecantikan semula jadi Izara Aishah membuatkan kaum hawa sendiri berasa terpegun, apatah lagi penampilan pelakon ini sering mencuri perhatian pencinta fesyen.

Persis Orang Arab

Baru-baru ini Izara menghadiri festival fesyen Islam sambil mengenakan busana muslimah yang mewah dan elegan hasil sentuhan unik Rizman Ruzaini, momen tersebut dikongsikan pelakon ini dengan memuatnaik video di akaun TikTok nya.

Rata-rata ramai yang melihat video tersebut memuji kecantikan Izara persis orang arab, dan ada juga yang memberi komen tentang penampilan fesyen pelakon ini diruangan komen.

“Muka arab.”

“Suka dengan stail, longgar dan cantik tanpa perlu menampakkan bentuk badan.”

“MasyaAllah cantiknya awak.”

“Ya Allah lawa macam arab arab.” Puji warganet

via TikTok Izara Aishah

“Dia setakat ni tak pernah lagi duk pakai baju ketat. Semua baju dia longgar walaupun tudung tu singkat.. Suka sangat tengok.. Bentuk badan tak nampak.”

“Makin tutup semua, makin nampak ‘class’. Suka teruk.”

“Ya Allah, dia ni lawa betul ya. Muka macam arab gitu.”

“Cantik sangat.” Puji mereka

via TikTok Izara Aishah
via TikTok Izara Aishah
@izaraaishahofficial

Different sides -When working and off work.

♬ CJ WHOOPTY – Umut Bilen

Terkejut Baca Komen?

Namun dalam banyak-banyak komen warganet terdapat satu komen dari pengguna media sosial yang menarik perhatian lensa Murai, apatah lagi komen individu tersebut mendapat respon balas dari Izara sendiri.

“Harap-harap pereka yang ada dekat Malaysia ni rosakkan imej solehah sebenar pada Izara.” Komen pengguna media sosial

“Hah ?” Balas Izara

Melihat reaksi Izara menerusi perkataan dan emoji di ruang balas tersebut, membuatkan komen tersebut menjadi tumpuan. Namun ramai yang bersependapat bahawa individu berkenaan ada tertinggal satu perkataan lalu menyebabkan salah faham.

“Banyak kali nak faham kan.. tertinggal satu perkataan.. “TAK”.. Mungkin kot..”

“Rasanya macam tertinggal perkataan ‘tak’ sebelum ayat ‘rosakkan imej solehah’ kan? Ghisau.” Komen warganet

Respon dari selebriti serta orang ramai membuatkan pemilik komen tersebut sedar akan kesilapannya dan mengakui tertinggal satu perkataan ketika menulis komen berkenaan.

“Haa lah tinggal “tak” patutlah Izara “?”

Tu lah tinggal “tak” tu patutlah orang salah faham.” Balas pemilik komen berkenaan

via TikTok Izara Aishah

Apa pun, kejelitaan Izara Aisyah memang membuatkan orang ramai terpukau melihatnya. Cantik betul!

[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video 'Throwback' ABPBH Jadi Bualan Peminat
fesyenizara aishahmuslimahRizman Ruzaini
https://lomp.at/s5dm2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara