Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sampai Digelar Pelacur! Joy Revfa Bagi Amaran Pada Blog Hiburan Ini

by Khai Azfar
October 13, 2017
Share on Facebook

Semalam sebuah sidang media tergempar telah diadakan oleh Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa. Sidang media yang diadakan di pejabat beliau di Shah Alam, bertujuan untuk menjelaskan kembali isu ‘hubungan seks’ yang didakwa oleh sebuah portal hiburan.

Kerana Surat Taklik, Saya Dituduh Sebagai Pelacur

Menerusi sumber Rap Metro, Joy dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa blog yang menyiarkan berita mengenai permohonan cerai taklik dilakukannya Julai lalu. Tambah Joy, disebabkan berita berkenaan, beliau dan anaknya menjadi mangsa fitnah sehingga ada yang menggelarkannya sebagai pelacur dan anak kandungnya sebagai anak haram.

Joy yang gagal mengawal perasaan sedih beliau turut meminta kepada wanita diluar sana untuk mempertahankan maruah dan hak diri mereka sebagai seorang isteri dan wanita.

Jangan Buat Netizen Keliru

Ketika sidang media ini dibuat, pada masa yang sama Hafiz dikatakan telah memfailkan penceraian mereka sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk dari Joy sendiri yang tidak tahu menahu mengenai penceraian tersebut.

“Pihak Hafiz tidak beritahu apa-apa. Pihak media yang beritahu tadi.Apabila Hafiz bertindak demikian, ia boleh menyebabkan ramai orang keliru. Ini kerana sebelum ini dia mendakwa saya bukan isterinya. Jadi, apabila dia memfailkan perceraian, secara tidak langsung ini menunjukkan saya adalah isterinya”

Tambah Joy ketika ditanya mengenai hubungan mereka selepas ini, beliau bersyukur kerana Hafiz telah memfailkan penceraian dan akui Hafiz bukanlah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Joy yang berkahwin dengan Hafiz pada Mei yang lalu itu turut berpendapat Hafiz bukanlah lelaki yang baik dan bertanggungjawab

“Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Ini kerana dia gagal memberi nafkah batin,”

Joy Sentiasa Mahu Berdamai

Sejak tercetusnya kontroversi ini, Joy mengulas beliau sentiasa ingin mencari jalan untuk berdamai. Menurut Joy ketika sidang media itu, beliau berusaha untuk menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil jalan untuk tidak mempedulikannya. Pada Selasa yang lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami terdahulu beliau jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu.

Hafiz Hamidunjoy revfaSiti Arifah Amin
https://lomp.at/oydsj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara