Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Aktres Baru Ini Disiasat Polis Berhubung Kes Kematian Sushant Singh Rajput

by Phic ARMAN
July 1, 2020
Share on Facebook

Sushant Singh Rajput masih menjadi perhatian media di India. Siasatan terhadap kes kematian Sushant berlanjutan hingga hari ini. Dipetik dari THE TIMES OF INDIA, baru-baru ini, aktres yang pernah berlakon bersama Sushant, Sanjana Sanghi disoal siasat oleh polis.

View this post on Instagram

A post shared by Sanjana Sanghi (@sanjanasanghi96)

Soal siasat ini dilakukan setelah desas-desus beredar yang mengatakan bahawa Sushant dan Sanjana bertengkar di lokasi penggambaran. Berkaitan dengan ini, Sanjana Sanghi juga memberikan bantahan. Ikuti penjelasan ini;

Kematian Sushant, yang ditemui mati di rumahnya di Bandra, Mumbai pada hari Ahad, 14 Jun 2020 menjadi kejadian paling memilukan tahun ini. Dilaporkan bahawa pelakon berusia 34 tahun itu mati kerana bunuh diri, tetapi polis tidak menemui surat bunuh diri di tempat kejadian.

Polis juga mengesyaki Sushant membuat keputusan drastik ini kerana kemurungan yang dialaminya dalam beberapa bulan terakhir. Sushant dilaporkan menjalani rawatan untuk kemurungan.

Tetapi sehingga kini, polis masih menyiasat dan meminta maklumat daripada orang yang berkaitan untuk mencari kebenaran di sebalik keputusan tragis pelakon itu. Baru-baru ini, polis memanggil pelakon pendatang baru, Sanjana Sanghi.

Wanita berusia 23 tahun itu pernah berlakon dengan Sushant Singh Rajput dalam filem terakhirnya, Dil Bechara. Dia menjalani penyiasatan setelah dikhabarkan bertengkar dengan Sushant di lokasi penggambaran.

Youtube video

Tetapi Sanjana Sanghi menjelaskan bahawa tidak ada masalah antara dia dan Sushant Singh Rajput. Dia menekankan bahawa laporan mengenai pertengkaran mereka hanyalah khabar angin.

28 Orang Telah Diperiksa

Polis setakat ini telah menyoal siasat sekitar 28 orang yang berkaitan dengan kematian Sushant Singh Rajput, termasuk kekasihnya, Rhea Chakraborty hinggalah pengarah dari produksi Yash Raj Films (YRF), Shanoo Sharma. Polis masih akan memanggil pihak yang berkaitan dengan kematian Sushant.

Sebelum itu, polis juga telah mengambil telefon bimbit dan komputer riba Sushant Singh Rajput untuk siasatan lanjut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
BolyywoodSanjana SanghiSushant Singh Rajput
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

[VIDEO] Agama Aryan Khan Jadi Teka-Teki Netizen India, Ini Jawapan Gauri Khan

by Nurul A.
June 26, 2026

Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan ialah salah satu pasangan yang membuktikan cinta melangkaui batas agama. Kedua-duanya memutuskan untuk...

Read moreDetails
Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
June 29, 2026

Nampaknya keadaan kesihatan terkini pelakon Bollywood, Salman Khan telah menjadi topik perbincangan utama dalam kalangan peminat. Menerusi sebuah hantaran yang...

Read moreDetails
Foto - @kajol (IG)
Spotlight

Kajol Akui Pernah Lari Dari Sekolah Berasrama, Puncanya Buat Ramai Terdiam

by Nurul A.
July 21, 2026

Kalau kamu nak tahu, Kajol pernah mendedahkan kisah yang penuh dengan emosi dari zaman kanak-kanaknya. Kisah tersebut adalah dia pernah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  5. 5

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara