• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Santuni Anak Dengan Ajaran Islam, Saharul Ridzwan Segak Berpakaian Ikut Sunnah Menanti Tibanya Ramadhan

by Puteri Alia
March 20, 2023
Share on Facebook

Bulan Syaaban merupakan antara bulan Islam yang mulia. Pada bulan ini umat islam berpeluang untuk merebut mendapatkan ganjaran pahala dan mengejar kebaikan bagi persediaan menghadapi Ramadhan.

Amalan ibadah puasa dan melakukan amalan sunat menjadi kekuatan individu untuk membentengi diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan mendidik diri untuk menjadi hambaNya yang beriman.

Sungguhpun begitu, setiap individu juga perlu bijak merancang untuk menjalankan tanggungjawab yang dipikul dalam keluarga mahupun di tempat kerja.

Menginjak bulan Syaaban, ia merupakan satu peluang yang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh umat Islam kerana bulan ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.

Tidak lupa juga sebagai umat Islam, sudah semestinya kita perlu menerapkan ajaran agama di dalam diri anak-anak sewaktu mereka masih kecik supaya mudah untuk didik apabila sudah besar kelak.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi foto bersama anak lelakinya segak mengenakan pakaian rapi beserta serban dengan kapsyen menanti-nanti Ramadhan serta memohon agar setiap amal ibadah diterima.

Perkongsian itu benar-benar indah kerana anaknya terlihat comel berpakaian lengkap mengikut sunnah ketika mencium tangan ayahnya itu.

“Anak membesar tanda kita semakin tua. Umur makin meningkat, perjalanan juga semakin dekat. Semoga perialanan ini apa yang Allah dan Rasulullah S.A.W suka. 2 hari lagi Ramadhan. Ya Allah, Pandanglah kami, terimalah amalan kami. – Tulisnya”

Sebelum ini, Saharul juga sering kongsikan video serta foto menunjukkan beliau bersama Deena mengajar Ali dan Fateema untuk solat serta mengaji.

Walaupun masih kecil, usaha itu merupakan salah satu cara untuk membuatkan mereka terbiasa apabila sudah besar nanti.

Semoga cara yang dilakukan oleh Saharul dan Deena ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua dalam membina keluarga bahagia.

saharul ridzwan
https://lomp.at/eu0w3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore