Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026
319
KONGSIAN
Share on Facebook

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak kepada kehidupan harian rakyat.

Langkah ini selari dengan pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa SARA Bulanan akan mula dikreditkan bermula esok, melibatkan jutaan penerima di seluruh negara.

YouTube video

Jumlah Penerima & Peruntukan Meningkat Ketara

Antara penambahbaikan paling ketara tahun ini ialah peningkatan jumlah penerima dan peruntukan keseluruhan.

  • 8.1 juta penerima pada 2026 berbanding 5.4 juta penerima pada 2025
  • Peruntukan meningkat kepada RM8 bilion, naik daripada RM5 bilion tahun lalu

Ini menjadikan SARA antara bantuan bersasar terbesar pernah dilaksanakan kerajaan.

Kredit Bulanan Lebih Konsisten & Berperingkat

Berbeza sebelum ini, SARA Bulanan 2026 disusun dengan aliran pembayaran yang lebih teratur mengikut kategori penerima.

“Penyaluran SARA Bulanan 2026 akan bermula pada Jumaat ini, untuk 5 juta penerima terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, diikuti pembayaran kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari 2026.”

“Penerima SARA bulanan akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelulusan” menurut MoF dalam kenyataannya.

Lebih Banyak Kedai Kecil Terlibat

  • SARA 2026 tidak lagi terlalu bergantung kepada pasar raya besar.
  • Sasaran 10,000 kedai kecil menjelang akhir 2026 berbanding lebih 3,000 kedai pada 2025
  • Memudahkan penerima di kawasan luar bandar dan kejiranan

Langkah ini menjadikan bantuan lebih “dekat dengan rumah”, bukan sekadar wujud atas kertas.

Dana Tidak Digunakan Disalur Semula

Satu lagi penambahbaikan penting ialah pengurusan baki dana secara lebih berkesan. Baki sekitar RM150 juta disalur semula kepada sokongan penghuni pusat perlindungan

  • Mangsa keganasan rumah tangga
  • Bantuan untuk pelajar kurang upaya dan keperluan khas
  • Pembelian peranti perubatan untuk golongan rentan
  • Inisiatif Dapur SISWA
Jangan Sampai Nama Tercicir! Jom Daftar Permohonan Baru SARA Untuk Tahun 2026

Pendekatan ini memastikan tiada peruntukan terbiar tanpa manfaat.

Perbezaan Jelas SARA Bulanan & SARA Untuk Semua

Ramai masih keliru, dan 2026 menekankan pemisahan fungsi bantuan.

  • SARA untuk Semua ialah bantuan ‘one-off’ (sekali bayar) diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan.
  • Bantuan ini berbeza daripada SARA Bulanan, iaitu bantuan barangan asas disalurkan setiap bulan mulai
  • Jumaat ini, kepada penerima STR dan golongan memerlukan.

Terdahulu, Anwar menerusi amanat Tahun Baharu mengumumkan bantuan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada Jumaat ini, manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu bernilai sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, pembayaran SARA bernilai RM100 kepada semua rakyat tempatan berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini sebagai persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

SARA 2026 tampil lebih tersusun, inklusif dan praktikal, bukan sekadar tambah angka penerima, tetapi memperbaiki cara bantuan itu sampai dan dimanfaatkan. Dalam bahasa mudah untuk Murai, bantuan kali ini bukan hanya besar di atas kertas, tetapi lebih terasa di dapur dan dompet rakyat!

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi MyKasih Foundation [www.mykasih.com.my], portal SARA [https://www.sara.gov.my/] atau hubungi talian bantuan MyKasih [03-7720 1800].

sara 2026SARA Bulanan
https://lomp.at/sf6sa
Share128Tweet80SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Bantuan RM1,000 HPIPT Selangor Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak Kelayakan

by Ayu Kamaruddin
March 17, 2026

Berita baik buat pelajar yang baru melanjutkan pengajian apabila Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bagi tahun 2026 kini dibuka...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Insentif

Cuti Tambahan Aidilfitri Diumum! Ini Tarikh Cuti Jika Raya Jatuh 20 atau 21 Mac

by Ayu Kamaruddin
March 16, 2026

Berita gembira buat rakyat Malaysia, kerajaan mengumumkan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pengumuman tersebut...

Read moreDetails
Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Tips Mudah ‘Check’ Barang MyKasih Supaya Tak Tersangkut Di Kaunter

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Ramai masih keliru bila bercakap tentang bantuan MyKasih. Sebenarnya ia adalah bantuan makanan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara