Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Jangan Sampai Nama Tercicir! Jom Daftar Permohonan Baru SARA Untuk Tahun 2026

by Nurul A.
October 23, 2025
Foto - Harian Metro

Foto - Harian Metro

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah kamu sudah daftar SARA 2026?

Jika tahun ini kamu tidak berpeluang untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), MURAI cadangkan kamu untuk kemukakan permohonan baharu bermula hari ini.

Bagi elakkan nama tercicir daripada senarai penerima SARA tahun hadapan, kamu boleh membuat permohonan di portal rasmi. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan kredit SARA ke dalam MyKad dibuat secara automatik.

Syarat Kelayakan SARA 2026 

Pemohon layak menerima SARA 2026 jika memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

1. Isi Rumah: 

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa atau tidak melebihi RM5000 sebulan
  • Berkahwin atau bercerai
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau daftar eKasih

2. Warga Emas:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa atau tidak melebihi RM5000 sebulan
  • Berkahwin, bercerai atau bujang
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau daftar eKasih

3. Bujang: 

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa atau tidak melebihi RM2500 sebulan
  • Berkahwin, bercerai atau bujang
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau daftar eKasih

Jumlah Bayaran & Jadual Bayaran Mengikut Kategori 

Jumlah pembayaran mengikut kategori penerima:

1. Penerima Miskin & Miskin Tegar:

  • Isi Rumah: RM2400 setahun
  • Warga Emas: RM1200 setahun (anggaran)
  • Bujang: RM600 setahun

2. Penerima Asas Bukan Miskin

  • Isi Rumah: RM1200 setahun
  • Warga Emas: RM600 setahun (anggaran)
  • Bujang: RM600 setahun
Topik Berkaitan Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

Untuk jadual pembayaran pula akan dilaksanakan secara ansuran (Januari-Disember 2026) setiap bulan dan one-off (pertengahan Februari 2026).

Cara Mohon SARA 2026 

Bagi melayakkan kamu menerima bayaran kredit SARA, kamu perlu memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan ikuti langkah berikut:

  • Layari portal rasmi STR 2026 [https://bantuantunai.hasil.gov.my/] dan klik “Permohonan Baru” tanpa menggunakan MyDigital ID.
  • Isi “Maklumat Pemohon” dengan lengkap.
  • Klik “Hantar” bagi meneruskan permohonan.
  • Setelah permohonan berjaya dihantaran, paparan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar” akan muncul dan selesai.

Nasihat MURAI, pastikan akaun bank kamu masih aktif dan gunakan alamat e-mel yang aktif untuk mengisi permohonan SARA 2026. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
SARAsara 2026sumbangan asas rahmahSumbangan Asas Rahmah (SARA)sumbangan asas rahmah 2026
Share7Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara