Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sarah Yasmine Buat Gila, Londeh Satu Per Satu Perangai Ruhainies, Aliff Aziz Tergamak Gelar Isterinya Panggilan Kesat

by Puteri Alia
April 25, 2024
Share on Facebook

Sarah Yasmine, yang mendakwa sebagai kekasih ‘gelap’ Aliff Aziz, terus mencetuskan kontroversi dengan pendedahan-pendedahan baru mengenai dua pelakon terkenal, Ruhainies dan Aliff Aziz.

Dalam pendedahan terbaru, Sarah berkongsi beberapa perbualan yang dipercayai antara Aliff dan individu yang dikenali sebagai ‘NRF’, yang juga dipercayai sebagai Ruhainies, menerusi aplikasi WhatsApp.

Perbualan tersebut merangkumi pelbagai perkara, termasuk isu tangkap khalwat, perceraian, dan komplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Dalam salah satu perbualan, NRF menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan Bella sebagai duta sebuah jenama penjagaan kesihatan.

“Ada saya nampak ini, semua orang ambil kesempatan atas isu kita. Awak nanti Allah SWT akan ganti lebih besar.

“Mungkin dia ingat rezeki ke apa tak tahu. Tapi memang barai semua jenama-jenama ini ambil kesempatan isu kita ini,” pujuk Aliff terhadap NRF.

Paling mengejutkan ramai, respons NRF terhadap pemilihan Bella sebagai duta disamakan sebagai binatang.

“Bella ambil Kitsui juga rupanya. Dia tak malu ke. Kalau saya tak ambil.

“B** untuk b** kan. Sesuailah,” ujar NRF.

Menerusi tangkap layar berbeza, dua individu tersebut juga sedang merangka strategi jika kes mereka dibicarakan kelak.

“Saya rasa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah) akan ‘make example out of us’ tau. Bersedialah.

“Wakil peguam kita perlu bertungkus lumus untuk prosedur mitigasi sekiranya kita mengaku bersalah,” kata Aliff.

Dalam masa sama, NRF turut dilihat mempersoalkan tindakan Bella membuat pelbagai pendedahan tentang kemelut rumah tangganya kepada umum sedangkan dia dan Aliff masih berdiam diri.

“Tak mengapa tiga bulan lagi yang itu (perbicaraan kes khalwat). Jangan fikir dulu, fokus apa yang ada di depan kita dulu.

“Cukuplah. Kita sudah banyak bersabar. Tak cakap apa-apa untuk dua minggu ini,” jelasnya.

Berang dengan tindakan Bella, NRF turut mendakwa Bella telah menghantar e-mel kepada jenama-jenama beberapa produk agar berhenti menjalin kerjasama dengannya.

“Tak Pandang, Tak Salam Sophia Albarakbah" - Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi?

NRF juga meminta Aliff agar tidak lagi terus menyebelahi isterinya dan berpendapat sudah tiba masa membongkar segala-galanya.

“Pasukan dia emel jenama-jenama yang bekerja dengan saya untuk berhenti bekerjasama.

“Awak nak pertahankan dia lagi? Nak simpan lagi segala yang dia buat? Sudah masanya untuk meletup,” kata NRF.

Aliff dalam salah satu tangkap layar turut melahirkan rasa kecewa apabila ibunya, Siti Hafiza turut menjadi mangsa dalam kemelut rumah tangganya dengan Bella.

Tidak membiarkan Aliff seorang diri, NRF memujuk pelakon itu dengan berkata, Tuhan sentiasa ada dan mampu mengubah segala-galanya.

“Allah ada, Dia maha Besar. Netizen ini semua hamba Dia. Allah sahaja boleh ubah segala-galanya.

“Awak dengan Umi, Allah angkatkan darjat insya-Allah,” ujar NRF pada Aliff.

Bukan itu sahaja, beberapa nama selebriti lain dipercayai turut terpalit dalam perbualan NRF dengan Aliff seperti Chacha Maembong dan Emma Maembong.

Hasil pemerhatian, tangkap layar tersebut turut memaparkan dua individu tersebut saling membahasakan diri antara satu lain dengan ganti nama romantis seperti sayang dan cinta.

Pada Isnin lalu ,nama Sarah menjadi bualan hangat selepas dia mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula bercinta sejak Januari lalu.

Katanya, pendedahan tersebut dilakukan sebaik melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Rentetan daripada itu, Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, suaminya enggan untuk bercerai atas alasan masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka

aliff azizBella Astillahchacha maembongemma maembongruhainiessarah yasmine
https://lomp.at/t3ry1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara