Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Saya Akan Tunjukkan Bukti Di Mahkamah- Joy Revfa

by Khai Azfar
August 23, 2017
Share on Facebook

Usai sahaja Hafiz Hamidun membuat sidang media semalam, Joy Revfa turut membalas kenyataan beliau berkenaan isu rumah tangga mereka yang sedang bergolak.

Masih lagi di dalam status yang tidak ketahui sah atau tidak menjadi isteri kepada penyanyi berkenaan, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin berkata kepada media hari ini ,beliau akan tunjukkan segala bukti yang berkaitan pada hari perbicaraan nanti dan menyerahkan keputusan segala-galanya kepada mahkamah.

“Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikaikan. Buat masa ini peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah”

Dalam masa yang sama, terdapat pula tuduhan yang mengatakan ini hanyalah strategi beliau untuk melariskan perniagaan. Berang dengan tuduhan tersebut, Joy membalas;

“Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi. Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut,”

Semalam, menerusi sidang media yang dibuat Hafiz, penyanyi berkenaan turut menyatakan ‘Dia bukan isteri saya’ ketika diajukan soalan mengenai keadaan Joy Revfa yang terkini.

Apapun, diharap pada 14 September ini kedua- duanya mendapat keputusan yang sama adil dan didoakan yang terbaik buat mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hafiz Hamidunhafiz hamidun berceraihafiz hamidun gaduh dengan isterihafiz hamidun joy revfajoy revfajoy revfa sofiajoy revfa sofia bercerainama sebenar joy revfaSiti Arifah Amin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara