Saturday, August 23, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Saya Hormati Perkara Itu” – Henry Cavill Tak Kembali Sebagai Superman

by Arsiqin Yusof
December 15, 2022
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Perubahan merupakan satu perkara yang sentiasa terjadi dalam kehidupan. Tidak terkecuali dengan aktor popular yang sinonim dengan watak Superman, Henry Cavill.

Bukan Keputusan Mudah

Cavill menerusi Instagram memaklumkan bahawa dia tidak akan memegang watak adiwira itu lagi selepas ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh pihak studio dan dia telah bertemu pengarah serta produser filem berkenaan, James Gunn dan Peter Safran.

“Saya baru adakan perbincangan bersama James Gunn dan Peter Safran, dan ini adalah berita sedih untuk semua. Saya tidak lagi akan kembali sebagai Superman.

“Selepas diberitahu oleh pihak studio untuk mengumumkan kemunculan saya pada bulan Oktober, keputusan ini bukanlah dibuat dengan mudah, tapi itulah kehidupan.

“Perubahan sememangnya berlaku, saya hormati perkara itu. James dan Peter ada sesuatu yang baharu untuk dibina, saya ucapkan selamat berjaya,” kongsinya.

Ucap Terima Kasih

Dalam pada itu, Cavill memberikan kata-kata penghargaan buat semua pihak yang menyokongnya sepanjang memegang watak Superman sebelum ini.

“Kepada yang sentiasa ada dengan saya selama bertahun-tahun, kita boleh berkabung seketika, tapi ingatlah, Superman masih ada. Semua yang dia (Superman) perjuangkan dan teladan yang ditunjukkan masih ada.

“Kini, bukanlah giliran saya lagi untuk menyarung pakaian Superman (cape), tapi perjuangan Superman tidak terpadam, ia merupakan pengalaman yang sangat mengujakan bersama anda semua,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Henry Cavill (@henrycavill)

Difahamkan, semasa pertemuan Gunn bersama Cavill, mereka telah berbincang mengenai kebarangkalian watak yang boleh dipegang Cavill dalam filem yang lain.

Apapun, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan pada masa akan datang.

Henry Cavill
https://lomp.at/rwtuj
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  3. 3

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  4. 4

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  5. 5

    [VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem