Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Saya Memang Tak Mahu”- Noor Nabila Enggan Teruskan Perkahwinan

by Khai Azfar
January 16, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, proses proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua pihak iaitu Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila sekali lagi gagal mencapai kata sepakat.

Mahkamah Lantik Hakam Baru 

Atas keputusan tersebut, mahkamah telah menggugurkan hakam yang diwakili serta menetapkan 27 Februari untuk melantik hakam baru.

Sebagai info, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sudah Tawar Hati Dengan Sharnaaz 

Menurut Nabila, dia terkilan kerana proses tersebut dipanjangkan dan akui sudah tawar hati dengan Sharnaaz. Jelas usahawan ini, kes pergolakan rumahtangga mereka sepatutnya diselesaikan dengan cepat dan tidak perlu dipanjangkan memandangkan mempunyai anak untuk dijaga bersama.

“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.

Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing. Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya.

Kami ada anak, jadi tak payah dipanjangkan atau ada pihak terasa hati. Saya rasa lebih baik teruskan kehidupan, berbaik-baik untuk besarkan anak tanpa ada rasa dendam atau marah.

Namun, apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes). Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya,” katanya.

Terdahulu, pada 11 September lalu, mahkamah telah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Bergaduh Selama Setahun, Sharnaaz Ahmad Kongsi Sebab Bergaduh Dengan Shukri Yahaya

Namun, Sharnaaz terlebih dahulu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Sharnaaz dan Nabila telah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

noor nabilasharnaaz ahmadSharnaaz Ahmad Noor Nabila
https://lomp.at/am76z
Share8Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Foto - @ericjjlay (IG)
Asia

Eric Lay Akui Tertekan Lakon Babak Bogel Dalam ‘Kong Tao’

by Nurul A.
March 19, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 19 Mac 2026. Pasukan produksi...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara