Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Saya Tidak Kalah Kes Fitnah Ini” – Zarina Anjoulie Nekad Bersihkan Nama

by Khai Azfar
July 3, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun sebelum ini media tempatan melaporkan pelakon dan model Fara Mendoza menang saman malu atau fitnah ke atas pelakon Zarina Anjoulie Lavocah baru-baru ini, namun bagi Zarina ini seperti permulaan buatnya.

Lantik Firma PR Bagi Bantu Krisis Saman

Difahamkan, kes ini masih lagi berjalan dan Zarina sendiri telah melantik firma perhubungan awam Saiful Ridzuan, firma PR yang sama yang telah dilantik oleh pelakon ini dua bulan yang lalu bagi membantu melindungi jenama peribadi, imej dan reputasinya dari ancaman undang-undang yang diterima dari pihak tertentu dalam industri hiburan.

Kali ini, firma PR tersebut dilantik untuk membantu Zarina bagi krisis saman yang dimulakan oleh Fara.

Pelantikan firma tersebut dilakukan setelah pihak media melaporkan bahawa Zarina telah kalah saman sivil terhadap Fara.

“Firma PR kami dilantik untuk menjawab pertanyaan media dan kami akan menasihati Zarina Anjoulie Lavocah mengenai strategi keseluruhan bagi krisis undang-undang yang dihadapi untuk memastikan bahawa reputasinya sebagai usahawan berprofil tinggi di Malaysia tidak akan terus dirosakkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab” kata Saiful Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Saiful Ridzuan Public Relations and CommunicationS dalam edaran pada pihak Murai.my

Bagi Zarina pula, dia memutuskan untuk menggunakan kepakaran Saiful Ridzuan sekali lagi setelah menilai risiko krisis undang-undang yang terbaru ini.

“Kes ini mempunyai risiko yang tinggi kerana ia melibatkan reputasi saya melalui kes saman yang diambil oleh Fara Mendoza. Saya mempunyai tugas profesional untuk membersihkan nama saya,untuk mencerahkan keadaan dengan berkongsi apa sebenarnya yang berlaku dan meminimumkan kerosakan setelah reputasi saya tercemar.

Sebagai usahawan terkenal, reputasi positif di antara pihak berkepentingan (stakeholders) saya bukanlah satu pilihan – saya perlu memilikinya dan saya menggandakan usaha untuk meningkatkan komunikasi melalui pengambilan agensi PR terkemuka ini. Saya harus menyatakan bahawa bagi saya, saya tidak kalah kes fitnah ini dan ianya baru saja bermula,” tambah Zarina

Enggan Berdiam Diri

Kontroversi saman itu yang membahayakan reputasi Zarina, telah menjadi perhatian media nasional, termasuk liputan akhbar baru-baru ini. Ketika itu, Zarina enggan memberikan wawancara dan temubual ketika krisis undang-undang itu meletus. Kini, selepas mengambil kira imej, reputasi dan jenama peribadinya Zarina menyatakan tidak akan berdiam diri lagi kerana semua pihak harus mengetahui kebenaran mengenai krisis ini.

Masih Tahu Halal Haram, Zarina Anjoulie Nafi Buat Kandungan Lucah! Hanya Kongsi Aktiviti Harian di Bali

Terdahulu, Murai.my melaporkan pelakon Amyza Adnan dan peguamnya didakwa melanggar etika guaman setelah pihak mereka telah hadir ke firma guaman Tetuan Nurul Hafidzah and Associates, Advocates and Solicitors, peguam kepada Zarina; secara mengejut tanpa sebarang temujanji.

Difahamkan, ketika itu rakan Kongsi Utama, Nurul Hafidzah Hassan juga tiada di pejabat. Kedatangan tersebut adalah bertujuan memaksa serahan saman dilakukan di hadapan wakil media bagi kes saman fitnah Zarina.

zarina anjouliezarina anjoulie fara mendoza
https://lomp.at/t3jcr
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Jadi Bodoh Lebaran?- Kamal Adli Curi Perhatian, Beraya Dalam Suasana Berbeza Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Nama pelakon popular Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan jujur dan bersahaja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara