Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Sazzy Falak Sedia Memperkasakan Wanita Di Musim Terbaharu ‘Women Talk’

by Aphit J.
June 3, 2023
Share on Facebook

Program bual bicara Women Talk yang menampilkan Deborah Henry dan Zoraya Vadillo sebagai pengacara kembali dengan musim terbaharu di TV3 dan platform penstriman video Tonton di www.tonton.com.my pada 29 April lalu.

Sazzy Falak Menjadi Pengacara Bersama

Terkini, Sazzy Falak bakal melengkapkan program ini sebagai pengacara bersama dengan penampilannya bermula 10 Jun.

Sazzy Falak, selebriti serba boleh yang merupakan seorang pengacara, pelakon, usahawan dan ikon fesyen bakal tampil setiap minggu dalam sesi bual bicara Women Talk.

Pengalaman Yang Luas

via TV3 Malaysia

Pernah berpasangan sebagai pengacara di rancangan televisyen, Deborah Henry dan Sazzy Falak bukanlah satu gandingan yang asing dan bakal menghangatkan lagi sesi bual bicara bersama Zoraya Vadillo dan tetamu jemputan setiap minggu.

Datin Elaine Daly, penerbit program Women Talk berkata, “Sazzy Falak mempunyai keupayaan dan pengalaman yang luas untuk menerajui program ini dengan baik bersama Deborah Henry dan Zoraya Vadillo.

Individu Berpengalaman

Antara topik dan isu menarik yang akan diselami oleh pengacara trio dan tetamu jemputan adalah berkaitan dunia Alzheimer’s dan demensia, sindrom ‘double burden’, gangguan pemakanan, wanita sebagai pempengaruh dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi, tetamu jemputan juga merupakan individu yang berpengalaman dalam bidang berkaitan dengan topik mingguan.

Kemunculan Penampilan Istimewa

via TV3 Malaysia

Penampilan istimewa yang bakal memeriahkan episod Women Talk akan datang adalah pelakon dan pelawak, Harith Iskander, model dan hos, Shweta Sekhon, doktor perubatan, Dr. Say Shazril dan ramai lagi.

Saksikan Women Talk musim ketiga setiap hari Sabtu, pada pukul 5.00 petang di TV3 dan para penonton juga boleh strim langsung secara definisi tinggi menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sazzy falak
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara