• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Scammer Guna Nama Kelab Peminat, Shahrulezad Pesan Orang Ramai Hati-Hati

Selain beri amaran tentang scammer, penerbit Radius One Production ini juga berkongsi perkembangannya yang terkini

by Puteri Alia
November 9, 2021
Foto - Facebook Shahrulezad Mohameddin

Foto - Facebook Shahrulezad Mohameddin

Share on Facebook

Tular di media sosial milik pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin, yang memberi pesan kepada orang ramai agar berwaspada dengan akaun scammer ini.

Scammer Menyamar Sebagai Kelab Peminat

Pengarah ini memuatnaik tangkap layar mesej milik seorang individu yang menggunakan nama akaun sebagai kelab peminatnya (@budakijat_fanpage), di Instagram untuk menipu orang ramai.

Berikutan itu, Shahrulezad segera memberi pesanan kepada orang ramai agar tidak mengikuti akaun tersebut.

“Salam guys!

Hati-hati yer.

Scammer ni semua!

Jangan approve request ni.” Kongsinya tegas

Foto – Instagram @budakijat

Kongsi Berita Gembira, Dah Boleh Bernafas Seperti Biasa

Dalam pada itu, pengarah ini juga berkongsi sedikit perkembangan mengenai keadaan dirinya ketika ini di mana kesihatan dirinya semakin beransur pulih. Menurut Shahrulezad, doktor telah mengesahkan dirinya sudah boleh bernafas secara normal dan tahap oksigen juga berada dalam paras yang baik.

“Oh btw abam ada berita baik untuk korang.

Alhamdulillah abang dah tak perlu lagi bantuan mesin oksigen untuk pernafasan abam.

Doktor kata abang dah boleh bernafas secara normal. Oksigen level pun normal dah.

Pagi tadi check 98. Alhamdulillah. Syukur. Cuma ada masalah breathing sikit kesan dari virus Covid serang paru-paru abam.

Jadi ambil masa untuk pulih sepenuhnya. Tak per lah. Abang terima jer dengan lapang hati. Cuma kena banyakkan senaman paru-paru.

Doakan semua keadaan semakin baik yer. Dan terima kasih banyak-banyak sebab ramai yang mendoakan abam.

Jaga diri semua. Muah muah. XOXO.” Kongsinya lagi

Foto – Instagram @budakijat

Rakan Industri Dan Peminat Gembira Pengarah Semakin Pulih

Melihat perkongsian pengarah tersebut di Instagram, membuatkan ramai rakan selebriti dan peminat mengucapkan syukur kerana keadaan pengarah tersebut beransur pulih.

“emoji tepukkan” – @nad.zainal

“Alhamdulillah! Take care abang” – @elvinamohamad

“Yang penting makin sihat.. Syukur alhamdulillah. Bila kita sakit bang.. Kita cuma nak sihat, nak solat, nak jaga ibadah kita.. Nikmat sangat kan. Allah dengar doa mu.. MasyaAllah.” – @azzaelite

“@budakijat baki-baki Covid tu pass je kat scammer ni Ijat. Pastu abiskan oksigen siap-siap, jangan bagi dia. Geram je aku, scammer hanat ni. Alhamdulillah Ijat kau makin ok. Sikit je lagi dah nak boleh ootd kat Langkawi. Aku tunggu kau kat sini.” – @azhan_rani

Melihat komen dari Azhan Rani tersebut, pengarah ini memberi komen balas yang cukup santai kepada rakannya itu di ruangan komen Instagram nya.

“@azhan_rani Ya Allah. Tak sabarnya aku nak jumpa kau kat Langkawi An.” Komen Shahrulezad

Foto – Instagram @budakijat

“emoji lengan” – @nazimothman

“Beli pati ikan haruan, bagus untuk sembuhkan paru-paru yang luka kena serangan Covid jahat tu. Suami saya bekas Covid tahap 5.”

“Alhamdulillah”

“Alhamdulillah”

“Alhamdulillah Ijat dah beransur pulih.” Komen peminat

Foto – Instagram @budakijat

Ramai yang mendoakan kesihatan pengarah terkenal ini, sama-samalah kita mendiakan agar penerbit Radius One Production kembali pulih seperti biasa.

Cik B Bengang Dengan Scammer Salmon Skin Salted Egg!- "Buy One Free One Tapi Dapat Mister Potato"
radius one productionscammerShahrulezad Mohameddin
https://lomp.at/63c2e
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore