Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Kini Kamu Boleh Semak Scammer Dalam Masa 5 Minit- Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
August 15, 2025
Foto - Berkatpos

Foto - Berkatpos

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui, kini bukan hanya golongan warga emas sahaja yang mudah ditipu, malah ramai juga anak muda yang menjadi mangsa dalam modus operandi kegiatan penipuan siber.

Walaupun kumpulan scammer ini sering gunakan pelbagai taktik untuk mencari mangsa, Murai berharap pembaca tidak termakan umpan mereka ye. Untuk elak daripada menjadi mangsa penipuan, Murai cadangkan untuk kamu semak butiran scammer dalam talian melalui Semak Mule CCID PDRM.

Nak tahu caranya?

Apa Itu “Semak Mule CCID PDRM”?

Jika kamu pertama kali mendengar tentang ini, Semak Mule CCID PDRM ialah salah satu fungsi utama dalam Portal CCID (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia).

Layari Semak Mule CCID PDRM untuk membuat semakan segera dan ianya percuma!

Tujuannya adalah untuk membolehkan orang awam menyemak rekod jenayah berkaitan nombor akaun bank, nombor telefon dan nama syarikat bagi mencegah penipuan serta jenayah komersial.

Cara Nak Guna “Semak Mule CCID PDRM”

Sekadar info, platform ini juga membenarkan orang awam untuk membuat laporan sekiranya ada maklumat baharu mengenai scammer, membantu pihak berkuasa untuk bertindak jika wujud elemen penipuan.

Untuk menyemak sama ada orang yang hubungi kamu adalah scammer atau tidak, kamu boleh menggunakan portal Semak Mule CCID PDRM dan ikuti langkah berikut:

Foto – CCID Portal

1. Semak Guna Nombor Telefon

  • Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Mule CCID PDRM
  • Langkah 2: Pilih kategori “Nombor Telefon”
  • Langkah 3: Masukkan nombor telefon dan pastikan ia nombor telefon Malaysia sahaja
  • Langkah 4: Klik semak untuk semakan
Topik Berkaitan Cik B Bengang Dengan Scammer Salmon Skin Salted Egg!- "Buy One Free One Tapi Dapat Mister Potato"

2. Semak Guna Nombor Akaun Bank 

  • Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Mule CCID PDRM
  • Langkah 2: Pilih kategori “No Akaun Bank”
  • Langkah 3: Pastikan kamu masukkan nombor akaun bank yang betul
  • Langkah 4: Klik semak untuk semakan

3. Semak Guna Nama Syarikat

  • Langkah 1: Layari portal rasmi Semak Mule CCID PDRM
  • Langkah 2: Pilih kategori “Nama Syarikat”
  • Langkah 3: Taip nama syarikat, dan pastikan kamu masukkan nama yang betul
  • Langkah 4: Klik semak untuk semakan

Keputusan: Jika nombor telefon, nombor akaun bank atau nama syarikat tersebut pernah terlibat dengan aduan penipuan, sistem akan paparkan butiran laporan serta amaran. Jika tiada laporan bermakna tiada aduan pernah dibuat tetapi kamu masih perlu berhati-hati.

Foto – eCentral

Selain daripada itu, kamu juga boleh muat turun aplikasi Whoscall, sebuah apliasi anti-scammer yang disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). [MUAT TURUN SINI].

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara check scammerscammersemak mule ccid pdrmwhoscall
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara