• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sean Lee Dan Hanna Aqeela Hidupkan Cerita “I Love You Cikgu” Di TV1

by Aphit J.
November 5, 2022
Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ingin mengajak penonton berkongsi aspirasi dalam watak utama drama bersiri adaptasi novel bertajuk “I Love You Cikgu”.

Tidak Memaparkan Kisah Percintaan Semata-Mata

via RTM

Tidak bersandarkan kepada plot percintaan yang menonjolkan momen-momen indah semata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebaliknya mengajak penonton berkongsi aspirasi dalam watak utama drama bersiri adaptasi novel bertajuk “I Love You Cikgu” karya Imanisa Riana sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang.

Kisah Bermula Di Sekolah

Menampilkan gandingan Sean Lee dan Hanna Aqeela sebagai watak utama, kisahnya tentang kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya.

Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Mengetengahkan Pengajaran

via RTM

Mengisi slot Widuri di TV1, drama 13 episod arahan Fairuz Loy ini secara tidak langsung mengetengahkan pengajaran bila mahu membina ikatan perkahwinan, sikap tolak ansur, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan, dan hormat hubungan yang telah terjalin sebelum kedatangan kita sewajarnya dijadikan keutamaan.

Hakikatnya usah mudah marah tetapi sebaliknya luangkan masa untuk mendengar dan menghakimi sesuatu itu dengan hati dan fikiran yang waras.

Cerita ini juga mengetengahkan pasangan yang berbeza usia dimana lelakinya lebih muda tapi sudah berkerjaya semasa berkahwin. Isteri tetap kena menghormati suami biarpun suami itu lebih muda usianya.

Hanna AqeelaRTMsean lee
https://lomp.at/vrfop
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore