• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sebagai Penghargaan Menghiburkan Rakyat Malaysia, Peminat Mahu Hadiahkan Bell Ngasri Sebuah Kereta

by Puteri Alia
July 24, 2023
Share on Facebook

Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk.

Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.

Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.

Berbahas soal itu, siapa sangka, dahulu hanya sekadar memegang watak sampingan, pelakon Bell Ngasri kini mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular serta Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35.

Rentetan daripada kemenangan itu, satu kejutan istimewa buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

Khabar gembira itu diumumkan wakil syarikat tersebut ketika pemenang trofi utama Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) terbabit diundang ke konti Hot FM, pagi tadi.

Di hadapan barisan penyampai stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan, individu tersebut membuat pengumuman yang disambut sorakan gamat satu konti.

“Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke depan (umum). Dengan ini saya mewakili syarikat ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” kata pemanggil bernama Fendi ketika berpeluang bercakap dengan Bell.

Sebelum itu KJ telah menyebut secara langsung mahu menuntut agar penggiat seni yang sudah 37 tahun menabur jasa itu diberikan kereta.

Katanya sambil bergurau, trofi kemenangan yang dibawa Bell termasuk untuk kategori, Artis Komedi Terbaik kemek disebabkan dia kecewa tahun ini tiada hadiah kereta.

Begitupun, pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri itu berkata, diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih pakej Umrah juga rezeki.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Daripada perbualan antara Fendi dan penyampai, nyata mereka telah berpakat memberikan kejutan kepada figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba itu.

Bell pula kaget seketika sebaik mendengar khabar gembira berkenaan dan hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

“Allahuakbar,” katanya.

Untuk rekod, terdahulu pada Jumaat lalu, fenomena Barkoba yang menjadi pencetus kempen melobi Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya menyaksikan aktor versatil itu mengungguli trofi utama ABP35.

Bell yang terkenal dengan slogan ‘yak yak yeay’ mengetepikan calon lain yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi itu iaitu  Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Kemenangannya direstui semua termasuk netizen serta rakan artis yang terus melayangkan ucapan tahniah kepadanya hingga ke hari ini.

bell ngasri
https://lomp.at/bkktu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aina Abdul Terkejut Rakyat Indonesia Lagi Ramai Dengar Lagunya

by Noah Ab
November 9, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aina Abdul yang memberitahu bahawa dirinya sangat terkejut apabila mengetahui rakyat Indonesia lagi...

Read more
Lokal

Janna Nick Berdoa Kediaman Baharu Di London Jadi Saksi Untuk Peroleh Zuriat

Selepas akhirnya berjaya menemukan sebuah kediaman yang dirasakan cukup sempurna sebagai rumah baharu mereka di London, pelakon popular Janna Nick...

Read more
by Puteri Alia
September 26, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Caprice Mahu Solat, Curi Perhatian Netizen-“Bakal Imam Ni…”

Perkongsian penyanyi rap, Caprice  mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Airiel Qashaf di media sosial, baru-baru ini. Caprice...

Read more
by Naddy Joe
October 2, 2025
Lokal

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Aktor dan model terkenal, Siti Saleha mengotakan janjinya kepada peminat apabila akhirnya mendedahkan jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Lokal

Abby Abadi Mengaku Masih Trauma Isu Nafkah, Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Masih dibayangi pengalaman silam, pelakon dan usahawan Abby Abadi, 47, mengakui dirinya dihantui rasa trauma apabila isu nafkah kembali mencuit...

Read more
by Puteri Alia
October 27, 2025
Foto - @fitryramly (Threads) / @missfazura (IG)
Lokal

[VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

Beberapa hari ini, telah tular sebuah video di media sosial, terutamanya platform Threads yang memaparkan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Lokal

Qi Razali Titip Ucapan Istimewa Buat Sweet Qismina Atas Pencapaiannya Di AIFFA 2025-“Sememangnya Layak..”

Pelakon, Sweet Qismina terus mencipta sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Asean International Film Festival and Awards...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

“Tiada Seorang Wanita Pun Yang Mahu Melamar Saya”- Salman Khan

Bhaijaan Bollywood, Salman Khan disenaraikan sebagai antara lelaki bujang yang paling banyak diperkatakan di India. Maklumlah, pada usia 59 tahun,...

Read more
by Nurul A.
November 4, 2025
Lokal

“Dah Anak Tiga Pun Tak Pandai Masak” – Ayda Jebat Akui Masih Belajar Demi Pikat Selera Suami

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi sisi lucu rumah tangganya apabila mengakui masih belum mahir memasak meskipun kini sedang menantikan...

Read more
by Puteri Alia
October 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan Bella Astillah iaitu Ara Adreanna yang lincah menari di hadapan...

Read more
by Naddy Joe
September 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore