Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Sedihnya! 5 Selebriti Hollywood Meninggal Dunia Kerana AIDS

by Puteri Alia
July 10, 2021
Foto - Buffalo Stories/9gag

Foto - Buffalo Stories/9gag

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak mengejutkan ramai selebriti terkenal dunia dikhabarkan menghidap penyakit membunuh ini, dengan gaya hidup seks bebas dan berkongsi jarum suntikan dadah antara punca ramai selebriti menghidapi AIDS.

Ada juga segelintir selebriti yang bernasib malang dijangkiti penyakit AIDS tanpa sedar, saat melakukan pemindahan darah.

Penyakit AIDS bukan penyakit biasa ia mampu membunuh manusia dengan melemahkan sistem imun diri, dan memusnahkan sel CD4 yang merupakan sejenis sel darah putih. Ini antara selebriti hollywood yang kecundang disebabkan AIDS.

Freddie Mercury

Foto – Rock Celebrities

Vokalis band Queen ini popular ini meninggal dunia disebabkan menghidap AIDS, Freddie menutup rapat rahsia penyakitnya itu sehinggalah sehari sebelum kematiannya Freddie membuka cerita bahawa dirinya telah lama menghidap penyakit maut tersebut.

Gia Marie Carangi

Foto – CR Fashion Book/9gag

Wanita jelita yang mendapat gelaran supermodel pertama di dunia, dan banyak menghiasi muka depan majalah Vogue dan juga Cosmpolitan ini juga tumpas dengan penyakit AIDS. Gia menghidapi penyakit ini kerana berkongsi jarum suntikan dadah.

Elizabeth Glaser

Bintang hollywood ini dijangkiti penyakit AIDS semasa melahirkan anak perempuannya Ariel, ia berlaku semasa melakukan pemindahan darah.

Tambah menyedihkan, anak perempuannya meninggal dunia disebabkan AIDS kerana dijangkiti menerusi susu badan yang diminum Ariel. Tidak lama kemudian Elizabeth mengandungkan anak lelakinya Jake, sayangnya bayi tersebut juga dijangkiti AIDS dari dalam rahim lagi.

Foto – Jewish Women’s Archive

Setelah kematian anak perempuannya pada tahun 1988, Elizabeth menjadi aktivis AIDS dan menubuhkan yayasan Elizabeth Glaser Pediatric AIDS bagi meningkatkan kesedaran HIV/AIDS pada kanak-kanak.

Elizabeth menghembuskan nafas pada tahun 1994 kerana komplikasi AIDS, meski pengasas yayasan telah tiada tetapi pertubuhan tersebut tetap hidup sehingga kini bagi membantu mangsa AIDS diseluruh dunia.

[VIDEO] 'Idea Live Arena' Buka Tirai – Malaysia Dah Ada Tempat Konsert Baru!

Amanda Blake

Foto – Buffalo Stories

Aktres jelita ini merupakan pelakon hollywood pertama yang meninggal dunia disebabkan AIDS, aktres popular era 60-an ini mendapati dirinya menghidap AIDS pada tahun 1988.

Dan setahun sebelum kematiannya, ahli keluarga dan rakan rapat mengesyaki Amanda menghidap penyakit tersebut dari suaminya yang meninggal dunia sebab AIDS pada tahun 1985.

Ryan White

Remaja dinobatkan sebagai maskot dan juga poster kebangsaan AIDS, Ryan menghidapi AIDS kerana terdapat jangkitan dalam darah. Pada saat orang ramai terutama rakan sekolah mengetahui keadaan Ryan, ramai yang memulaukannya.

Keadaan yang dihadapi oleh Ryan membuatkan dirinya dan ahli keluarga bangkit dan ingin berikan kesedaran serta fakta sebenar tentang AIDS kepada orang ramai. Ryan meninggal dunia semasa berusia 18 tahun akibat komplikasi AIDS yang dihidapinya.

Foto – Kokomo Tribune

Selepas kematian Ryan, kongres Amerika Syarikat menubuhkan program terbesar yang dikenali sebagai Ryan White CARE Act bagi membantu individu yang menghidapi HIV/AIDS.

Penyakit AIDS memang merupakan penyakit pembunuh tetapi itu tidak bermakna untuk masyarakat memulaukan mereka, sebaliknya mereka perlukan bantuan bagi menghadapi penyakit ini seumur hidup.

aidsartisHIV
https://lomp.at/srtgm
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara