Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“See My Level”- Ramai Kagum Dengan Penampilan ‘Comeback’ Diva AA

by Khai Azfar
November 9, 2020
Share on Facebook

Setelah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana kaca televisyen, pengacara terkenal Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengejutkan ramai peminat apabila kembali muncul sebagai hos mengendalikan program realiti Lagu Cinta Kita bagi musim kedua.

Penampilan Diva AA Dipuji

Mula bersiaran malam tadi (Ahad) di saluran TV3, rata-rata peminat memuji sikap profesional dan gaya mengacara nya yang masih sama seperti dahulu sekaligus mengubati kerinduan peminat untuk melihatnya ‘beraksi’ semula.

Via Instagram divaazwanaavazzztersohor1

Bukan itu sahaja, perubahan imej Diva AA yang bergandingan bersama Elly Mazlein turut menarik perhatian apabila dia kelihatan kacak menyarungkan sut lengkap berwarna coklat gelap dan turut diberi gaya dandanan rambut kemas dan rapi berbeza dengan ‘trademark’ imej nya sebelum ini yang sering memakai selendang dileher dan penutup rambut.

Diva AA Gembira Dapat Kembali

Dalam pada itu, Diva AA menerusi hantaran di laman Instagram nya meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila ‘comeback’ nya itu mendapat reaksi positif dan diterima baik oleh ramai peminat. Untuk rekod, rancangan ini turut trending di laman Twitter semalam.

Via Instagram divaazwanaavazzztersohor1

Lagu Cinta Kita menampilkan Elly Mazlein yang akan digandingkan dengan pasangan hos yang berlainan iaitu Michael Ang dan Diva AA sehingga dia menemui pasangan serasinya.

Manakala program ini turut mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap dan bergandingan bersama dengan gandingan baharunya, Mas Idayu serta akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Diva AADiva AA Lagu Cinta KitaLagu Cinta Kita Musim 2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara