Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Seksa Dibedah Hidup-Hidup, 1000 Kanak-Kanak Palestin Terpaksa Dipotong Anggota Badan Akibat Perang Kejam Israel

by Puteri Alia
January 15, 2024
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa tentera Israel telah melakukan kekejaman serius yang bersifat jenayah perang yang terpaling kejam dan hina.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, di tengah-tengah pengeboman intensif oleh tentera Israel antara 7 Oktober dan 7 November lalu, terdahulu sekurang-kurangnya 4,237 kanak-kanak Palestin telah terbunuh iaitu mewakili lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian iaitu setakat 6 Disember 2023.

Terkini lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi iaitu pemotongan sebahagian daripada anggota badan misalnya paras lutut.

Ia bermaksud pemotongan anggota berkenaan adalah dari paras lutut ke bawah selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza dalam tempoh 100 hari lalu,

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan bantuan kemanusiaan adalah terlalu sedikit dan agak sukar untuk menyediakan perkhidmatan bantuan dan ada pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan ubat.

“Risiko yang tidak boleh diterima ini berlaku pada ketika sistem makanan dan kesihatan di Semenanjung Gaza sedang di ambang keruntuhan.

“Lebih 80 peratus kanak-kanak mengalami kemiskinan makanan yang teruk dan lebih dua pertiga hospital tidak lagi berfungsi kerana kekurangan bahan api, air dan bekalan perubatan penting atau kerana mereka mengalami kerosakan teruk dalam serangan,” katanya.

Seharusnya kanak-kanak adalah golongan rentan di mana hak dan kepentingan mereka perlu dilindungi oleh seluruh dunia.

Zain Saidin Dedah Pernah Masuk Gaza -“Rasa Seperti Ke Mekah, Tapi Bunyi Dron & Bom Sentiasa Menghantui”

Namun serangan Israel yang berterusan menyebabkan beribu-ribu kanak-kanak Palestin cedera dengan ramai dalam keadaan kritikal.

Bahkan berpuluh-puluh lagi mengalami amputasi dan ratusan lagi melecur teruk di pelbagai bahagian badan mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kanak-kanak palestinpalestin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara