Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Selain Albert Einstein, 4 Wanita Ini Dikatakan Miliki IQ Paling Tinggi Di Dunia

by Soph Azz
February 9, 2023
Foto - National Geographic / Pinterest

Foto - National Geographic / Pinterest

Share on Facebook

Info: Intelligence Quentient (IQ) adalah darjah kecerdasan yang mengukur kepintaran dan kecerdasan otak dari segi ilmiah dan akademik. Berdasarkan skala Stanford-Binet mereka yang mempunyai IQ melebihi 145 akan digelar sebagai genius.

Ramai yang tahu bahawa siapa yang memiliki IQ yang tinggi, mereka adalah seorang yang genius serta bijak pandai. Dan antara ilmuwan yang memiliki IQ tinggi yang kita kenali adalah Albert Einstein (160-190); Leonardo da Vinci (180), Stephen Hawking (160) dan ramai lagi.

Walaupun Einstein dan Leonardo dikatakan sebagai individu yang genius di dunia; tetapi ada lagi individu yang mempunyai IQ yang tinggi melebihi mereka. Dan paling mengejutkan, individu tersebut adalah wanita. Nak tahu siapa, scroll di bawah;

Edith Stern (200)

Rapat secara tidak langsung dengan Albert Einstein, Edith adalah anak kepada Aaron Stern iaitu salah satu mangsa yang terselamat di kem tahanan di mana rawatan kansernya dibayar oleh Einstein.

Foto – Celebrity’ IQs

Untuk pengetahuan kamu, Edith mula berkomunikasi menggunakan kad ketika usianya tidak melebihi 11 bulan, pada usianya 1 tahun dia sudah pandai mengenal huruf. Kemudian pada usianya 2 tahun, dia  boleh menyebut semua abjad. Ketika usianya 12 tahun, Edith sudah memasuki kolej dan mula mengajar trigonometri di kolejnya selepas 4 tahun kemudian.

Hypatia (>190)

Hypatia adalah anak perempuan kepada ahli matematik terkenal iaitu Theon Alexandria. Hypatia merupakan ahli falsafah, astronomi dan matematik di Mesir serta sepanjang Empayar Byzantine.

Foto – Cuemath

Hebatnya Hypatia, beliau berjaya menemui pelbagai instrumen ilmiah seperti hidrometer dan astrolab zaman dulu. Semuanya pernah digunakan oleh ahli astronomi, pelayar dan astrologi.

Marilyn Vos Savant (190)

Siapa sangka seorang kolumnis majalah dan penulis boleh memiliki IQ yang tinggi. Marilyn berjaya buktikannya apabila beliau memiliki ruangan khusus “Ask Marilyn” bagi menjawab pertanyaan dan teka teki.

Foto – All That’s Interesting

Namanya telah muncul di Guinness World Records kerana memiliki IQ melebihi Einstein dan Hawking.

Judit Polgar (170)

Foto – Hungary Today

Ketika usianya 15 tahun, Judit merupakan seorang perintis pemain catur wanita dan salah satu pemain catur terbaik sehingga menjadi Grandmaster catur termuda. Berasal dari Hungary, Judit merupakan wanita pertama yang mengalahkan pemain nombor 1 dunia iaitu Gary Kasparov pada tahun 2002 dan kemudiannya memenangi 10 pertandingan catur lain.

Hebat kan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
albert einsteinleonardo da vinciwanita iq tinggi
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara